Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan bekas air yang kononnya mengandungi air jampi yang digunakan untuk 'mengubati' Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah yang maut didera pada Rabu lepas, tidak mempunyai kaitan dengan kes.
Sebaliknya, beliau berkata perkara utama dalam siasatan pada masa ini tertumpu kepada punca kematian murid tahun tiga itu.
"Kalau terdapat mana-mana bukti yang menunjukkan ada kaitan dengan pembunuhan tersebut kita akan ambil kenyataan individu yang terlibat.
"Berdasarkan siasatan buat masa ini, air jampi yang dibuat oleh seorang individu yang bergelar ustaz tersebut tiada kaitan dalam kes ini kerana ia hanya sekadar minuman," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti di sini yang turut dihadiri Pengetua SMK Tunku Besar Burhanuddin Adnan Abd Aziz dan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Haslah Bachok.
BACA: Nur Aina dipijak sampai terkencing disebat dengan tali pinggang tentera
BACA: 'Saya nampak mata Bihah lebam, dia cakap dia jatuh' - Jiran kanak-kanak maut dipercayai didera
Semalam, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Zainudin Ahmad dilapor sebagai berkata polis merampas bekas air kononnya mengandungi air jampi yang digunakan suspek untuk 'mengubati' anaknya, Nur Aina Nabihah, yang maut didera, pada Rabu lalu.
Turut dirampas ialah bahan bukti berupa tali pinggang tentera dan sebuah bangku kecil yang sudah patah.
Nur Aina Nabihah, 9, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut dekat sini, malam 31 Jan lepas.
Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya di rumah mereka.
Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti putus pankreas, hati terkoyak, cedera buah pinggang, usus terkoyak serta tulang rusuk kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
Kes disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Rentetan itu, suspek yang juga bapa Nur Aina Nabihah dan ibu tirinya masing-masing berusia 35 dan 34 tahun direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
Terdahulu pada majlis itu, seramai 29 orang pelajar menerima watikah perlantikan daripada Noor Azam. -- Bernama
Bernama
Mon Feb 05 2018
Nur Aina Nabihah, 9, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut pada 31 Jan lepas.
Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.
Penyanyi 'Rasathi Unna Kanatha Nenju', P Jayachandran meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sepanjang kariernya, Jayachandran merakamkan lebih daripada 16,000 lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Malayalam, Tamil, Telugu, Kannada dan Hindi.
Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati
Hasil pemeriksaan kesihatan terhadap bekas Presiden yang terkenal dengan gaya hidup sederhana itu mendapati metastasis daripada kanser esofagus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
- Video promosi Visit Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
- Titah Adendum: Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan - Dr Zaliha
- Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
- Video promosi Visit Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
- Titah Adendum: Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan - Dr Zaliha
- Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Kerugian bencana alam global 2024 cecah US$320 bilion - Munich Re
Ia antara tahun paling mahal dari segi kerugian akibat bencana alam sejak 1980, walaupun setelah diselaraskan dengan inflasi.
Lelong: Cendawan dari Noto yang dilanda bencana capai harga rekod US$2,200
Cendawan dari empat daerah di kawasan Noto mesti memenuhi kriteria untuk dihantar sebagai Nototemari.
Kebakaran hutan Selatan California: Anwar zahir ucapan takziah
Anwar menyifatkan kebakaran hutan itu sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.
Amad Diallo sambung kontrak dengan Manchester United
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah menunjukkan prestasi cemerlang musim ini dengan enam gol dan tujuh bantuan jaringan.
Polis rampas dadah lebih RM11,000 di Bayan Lepas
Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Barat Daya dalam hantaran di Facebook memaklumkan suspek berusia 50 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJD) yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.
ASEAN25: Malaysia anjur dialog hak asasi manusia dan hak alam sekitar pertama
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
'Air jampi' tiada kaitan dalam kes kematian Nabihah - Polis
Sebaliknya, beliau berkata perkara utama dalam siasatan pada masa ini tertumpu kepada punca kematian murid tahun tiga itu.
Jangan percaya dengan air jampi
Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan air jampi didakwa boleh menyembuhkan penyakit yang dijual secara berleluasa di pasaran.