Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun menasihatkan ibu bapa, khususnya di negeri ini, supaya tidak merasa malu sekiranya anak-anak mereka melanjutkan pelajaran hanya pada peringkat sijil atau diploma kemahiran.
Beliau berkata ia tidak menjadi masalah besar kerana apa yang lebih penting adalah kebolehpasaran graduan dalam bidang pekerjaan selain mempunyai keupayaan mencipta pekerjaan sendiri berdasarkan bidang dan latihan kemahiran diikuti pada peringkat sijil atau diploma.
"Tiada gunanya jika anak-anak kita mempunyai kelulusan (kelayakan) akademik yang tinggi tetapi masih menganggur di rumah. Sekarang, anak-anak muda yang mengambil sijil kemahiran mampu menjana pendapatan lumayan kerana mereka boleh membuka perniagaan dan menyediakan perkhidmatan sendiri.
"Dalam konteks sekarang, masa depan terletak kepada kemampuan kita menjana pendapatan dan bukan kepada berapa banyak kelayakan pendidikan," katanya pada Majlis Konvokesyen Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) ke-22 di sini hari ini.
Beliau yang juga Exco Pendidikan negeri mewakili Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman merasmikan majlis konvokesyen itu seterusnya menyampaikan sijil dan diploma kepada 220 graduan KTYS dalam pelbagai bidang.
Masidi berkata graduan juga perlu sentiasa memastikan diri mereka kompetitif dalam pekerjaan, tambahan pula trend 'kerja mengejar graduan' yang pernah berlaku dalam perkhidmatan awam dahulu kini sudah berubah kerana langkah mengoptimumkan anggota penjawat awam sedia ada sehingga hampir tidak ada kekosongan jawatan ditawarkan.
"Menyedari hakikat itu, Yayasan Sabah menubuhkan KTYS kerana mengetahui dengan menyediakan pengajian dan latihan dalam bidang kemahiran untuk anak muda Sabah akan membolehkan mereka laris dalam pasaran kerja," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut memuji kerajaan negeri atas kejayaan mengurus kewangan dengan baik sehingga membolehkan Yayasan Sabah terus kekal memacu pembangunan pendidikan rakyat daripada peringkat pendidikan awal kanak-kanak hingga peringkat universiti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2017
Datuk Masidi Manjun menasihatkan ibu bapa, khususnya di negeri ini, supaya tidak merasa malu sekiranya anak-anak mereka melanjutkan pelajaran hanya pada peringkat sijil atau diploma kemahiran.- Gambar Fail.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan malu anak ambil Sijil, Diploma Kemahiran - Masidi
Perkara yang lebih penting adalah kebolehpasaran graduan dalam bidang pekerjaan selain mempunyai keupayaan mencipta pekerjaan sendiri.
Sabah dan Sarawak akan cari penyelesaian isu cukai pelancongan - Masidi
Sabah dan Sarawak akan bekerjasama mencari penyelesaian yang adil ke atas cukai pelancongan dengan kerajaan Persekutuan.
Gempa Ranau: 9 lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu - Masidi Manjun
Datuk Masidi Manjun mengesahkan sembilan mayat ditemui di Gunung Kinabalu setakat 12 tengah hari Sabtu.
Agrobank buka cawangan di Ranau
Agrobank meluaskan rangkaian cawangannya menerusi pembukaan cawangan Ranau, yang beroperasi di Kedai SEDCO, Blok D, Lot 6, di pekan Ranau, yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.
Siasatan kematian 14 gajah diperhebat, ganjaran ditambah
Siasatan kematian 14 gajah pigmy Borneo secara misteri baru-baru ini diperhebat dan ganjaran tambahan sebanyak RM40,000 ditawarkan kepada mereka yang memberi maklumat.