Siasatan mengenai kematian 14 gajah pigmy Borneo secara misteri di Hutan Simpan Rara kira-kira 139km dari Tawau baru-baru ini diperhebat dan ganjaran tambahan sebanyak RM40,000 ditawarkan kepada mereka yang memberi maklumat hingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab bagi kematian haiwan itu.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata beliau diberi taklimat tentang perkara itu oleh setiausaha tetapnya Datuk Micheal Emban, yang mempengerusikan mesyuarat pasukan petugas berhubung kematian gajah berkenaan.
"Sekiranya laporan ahli kimia menunjukkan gajah itu dibunuh secara sengaja, maka kementerian bersedia menawarkan ganjaran RM40,000 kepada pemberi maklumat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan Malindo Air bagi laluan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur di sini hari ini.
Masidi berkata demikian apabila ditanya tentang perkembangan terkini siasatan berhubung kematian haiwan berkenaan.
Sebelum ini, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan dan pensabitan kesalahan mereka yang menyebabkan kematian gajah yang diancam kepupusan itu.
"Jadi, dengan tawaran RM10,000 oleh MATTA, jumlahnya kini menjadi RM50,000," kata Masidi.
Bagaimanapun, tawaran itu tertakluk kepada laporan ahli kimia, yang dijangka dikeluarkan Jumaat ini, kata beliau, yang sebelum ini dipetik sebagai berkata bahawa berdasarkan pemeriksaan awal terhadap bangkai gajah terbabit, kematian haiwan itu mungkin kerana diracun.
Sementara itu, Masidi berkata dua pegawai kanan polis dilantik menyiasat kes berkenaan.
Pada 1 Feb, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dipetik sebagai berkata bahawa polis Sabah telah membuka kertas siasatan berhubung kematian gajah itu.
Hamza berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana melakukan kejahatan dengan membunuh atau mencederakan haiwan, yang memperuntuk hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Penyiasatan kami melibatkan aspek jenayah," katanya.
Bernama
Tue Feb 05 2013
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Siasatan kematian 14 gajah diperhebat, ganjaran ditambah
Siasatan kematian 14 gajah pigmy Borneo secara misteri baru-baru ini diperhebat dan ganjaran tambahan sebanyak RM40,000 ditawarkan kepada mereka yang memberi maklumat.