Orang ramai dinasihat tidak terlalu emosi dengan isu yang dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang belum pasti kesahihannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata ini kerana Malaysia sebagai negara berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa menjadi tumpuan dunia luar yang terus memerhati sama ada dalam bentuk positif atau negatif.
"Justeru sebagai masyarakat Malaysia kita perlu sentiasa berganding bahu menyelesaikan apa juga masalah yang wujud dan tidak beremosi dengan isu yang dibangkitkan di media sosial," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutup Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia 2016 di Universiti Taylor di sini, pada Khamis.
Katanya kesejahteraan dan keamanan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada sikap hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara rakyat berbilang bangsa dan agama.
Menjadikan prinsip Rukun Negara sebagai panduan kehidupan, Kurup juga mengingatkan masyarakat untuk tetap berpegang kepada Perlembagaan yang terbukti menyatupadukan rakyat.
"Kerajaan akan sentiasa berusaha mencari pendekatan dan kaedah terbaik untuk menjaga dan memelihara perpaduan negara," katanya.
Mengulas mengenai Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama, Kurup menyeru rakyat untuk mengekalkan sikap saling memahami antara satu sama lain yang menjadi panduan kehidupan.
Jelasnya untuk sentiasa mengekalkan sifat saling memahami, masyarakat disaran belajar budaya, agama dan adat resam selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bernama
Fri Feb 26 2016
KURUP: Kerajaan sedia cari penyelesaian terbaik demi perpaduan negara - Gambar Fail
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
PM Anwar yakin landskap pertanian negara berubah dalam tempoh satu atau dua tahun
Keyakinan itu berdasarkan kepada perubahan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah kepimpinan Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu
Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 11.20 malam tadi.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944.
Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji
Dalam masa sama, Hajiji mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Rakyat jimat RM27.8 juta melalui Jualan Agro Madani
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penjimatan itu melibatkan kira-kira 11.6 juta rakyat yang berbelanja di jualan tersebut.
MOSTI kenal pasti lima perspektif ekosistem teknologi
MOSTI mengenal pasti lima perspektif utama membangunkan ekosistem teknologi bahan termaju termasuk unsur nadir bumi (REE).
MOSTI peruntuk RM15.73 juta dalam teknologi nuklear, tingkat hasil pertanian
Nuklear Malaysia memperuntukkan RM15.73 juta mulai 2016 hingga tahun ini dalam usaha mempergiatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.
Arthur Kurup ganti bapa sebagai Presiden PBRS
Datuk Arthur Joseph Kurup sah dilantik sebagai Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) baharu menggantikan bapanya, Tan Sri Joseph Kurup berkuat kuasa serta-merta.