KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) memperuntukkan RM15.73 juta mulai 2016 hingga tahun ini dalam usaha mempergiatkan penyelidikan, pembangunan serta inovasi berteraskan teknologi nuklear dalam bidang pertanian.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata teknologi nuklear diaplikasikan dalam pembangunan kaedah pengurusan pertanian cekap melibatkan teknik pencirian kesuburan tanah, strategi pembajaan dan pengurusan air serta sistem pemantauan dan ramalan serangan penyakit tanaman.
"Kita telah berjaya menghasilkan serta mengkomersialkan produk biobaja dan kitosan yang berupaya meningkatkan kecekapan penggunaan baja dalam keseluruhan rantaian tanaman pertanian," katanya ketika menjawab pertanyaan Riduan Rubin (Bebas-Tenom).
Riduan ingin tahu sejauh mana teknologi nuklear telah diaplikasikan secara optimum dalam inovasi pertanian bagi meningkatkan pengeluaran pertanian.
Menurut Arthur, Nuklear Malaysia juga membangunkan Loji Rumah Hijau Gamma (GGH) yang diiktiraf sebagai IAEA Collaborating Center oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa bagi menyediakan khidmat penyinaran tumbuhan dan bahan kultur tisu untuk tujuan pembiakbakaan dan peningkatan ciri tanaman yang boleh dimanfaatkan oleh sektor pertanian negara
Selain itu, Arthur berkata bagi meningkatkan kepakaran teknikal dalam aplikasi penyinaran pula, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membangunkan Loji Alurtron dan Sinagama di dalam fasiliti Nuklear Malaysia.
Beliau berkata loji berkenaan menyediakan khidmat penyinaran bagi kawalan mutu pelbagai produk komoditi pertanian seperti buah-buahan, peralatan perubatan, produk farmasi, makanan dan kosmetik.
"Selain itu, pembangunan fasiliti Analisa Isotop Stabil membolehkan pengkelasan Model Varieti Beras Asli menggunakan Profil Unsur Organik dan Isotop bagi membantu petani memanfaatkan kaedah profil unsur organik dan isotop dalam usaha memperoleh pengiktirafan bagi produk padi seperti label "Petunjuk Geografi" dan produk organik.
"MOSTI komited untuk memajukan dan meningkatkan pencapaian penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan produktiviti pertanian dan seterusnya menyokong usaha kerajaan dalam menambah baik kualiti, mutu dan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.

MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.