KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup sah dilantik sebagai Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) baharu menggantikan bapanya, Tan Sri Joseph Kurup berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu diputuskan sewaktu Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBRS yang diadakan pada Sabtu.
Menurut Ketua Penerangan PBRS, Datuk Fredie Sua, keputusan tersebut diambil oleh AMT secara sebulat suara selepas Joseph mengumumkan persaraan daripada dunia politik dan melepaskan jawatan yang dipegang beliau.
"Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup mengumumkan persaraan dalam politik dan melepaskan jawatan sebagai Presiden PBRS berkuat kuasa serta-merta.
"Sehubungan dengan itu, AMT sebulat suara bersetuju untuk melantik Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup selaku Timbalan Presiden untuk mengambil alih jawatan Presiden PBRS yang baharu," menurut Fredie dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pada masa sama, Joseph yang baru melepaskan jawatan presiden itu dilantik semula sebagai Pengerusi Kehormat PBRS berkuat kuasa serta merta setelah mendapat persetujuan di kalangan AMT PBRS.
PBRS ditubuhkan pada tahun 11 Mac 1994 oleh Joseph dan merupakan antara parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Jan 07 2023

Joseph (kanan) mengumumkan persaraan daripada dunia politik dan melepaskan jawatan yang dipegang beliau. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.

ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.

Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.

Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.

Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).