KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin landskap pertanian negara akan berubah dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin landskap pertanian negara akan berubah dalam satu atau dua tahun lagi.
  • Keyakinan ini berdasarkan kemajuan yang ditunjukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Beliau berharap semua agensi berkaitan, termasuk MARDI dan jabatan pertanian dan perikanan, mengambil ini sebagai satu cabaran untuk terus maju.


Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kepada perubahan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah kepimpinan Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.

"Kalau pace (rentak) perubahan dan kemajuan berlaku di KPKM seperti yang ada sekarang dengan fokus termasuk durian dan pelbagai hal lain, saya yakin beri satu, dua tahun lagi kita lihat landskap pertanian negara akan berubah.

"Jadi saya harap semua agensi, MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan lain-lain termasuk jabatan pertanian dan perikanan ambil ini sebagai satu cabaran," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS, Serdang dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Mohamad dan timbalannya Datuk Arthur Joseph Kurup.