KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak berpecah belah dan termakan bisikan jahat pihak yang cemburu dengan keharmonian dikecapi negara selama ini.
Sebaliknya, rakyat perlu meraikan kepelbagaian perbezaan yang ada untuk bersama-sama memperkukuh seterusnya menjadi sebuah negara yang maju, makmur dan sejahtera.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berpendapat, pandemik COVID-19 merupakan waktu untuk rakyat keseluruhan bersatu hati mendepani wabak ini.
"Ingatlah, inilah masa yang sangat kritikal untuk kita untuk bersatu padu dan bersatu hati, dalam memastikan kemerdekaan dari kemelut pandemik COVID-19 yang merencatkan kehidupan normal yang kita jalani.
"Kita mesti menang dalam peperangan ini, dan kita tidak boleh mengalah.
"Perlu disemat juga, perpaduan rakyat merupakan tunjang kepada kestabilan sesebuah negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Semarak Perpaduan Bulan Kebangsaan 2021 anjuran Kementerian Perpaduan Negara yang disiarkan secara maya, hari ini.
Tambah Mohd Zuki, kemerdekaan yang dikecapi adalah berpaksikan kemuafakatan dan tolak ansur dalam meraikan kepelbagaian yang ada di negara kita.
Mengulas berkenaan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Mohd Zuki berkata, kerajaan mengekalkan tema tahun lalu iaitu, 'Malaysia Prihatin' seiring iltizam dan hasrat kerajaan menyemai rasa cinta semua rakyat kepada negara.
Menurut beliau, sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara menyusun pelbagai program berteraskan patriotisme dan semangat perpaduan.
Katanya, kementerian itu turut bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang juga Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021), bagi memastikan program itu dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
"Program ini bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia dan memperkasa peranan serta pembabitan komuniti untuk sama-sama menyemarakkan semangat perpaduan tanpa mengira usia, agama, kaum, budaya dan adat resam," jelas Mohd Zuki lagi.
Astro Awani
Mon Aug 23 2021
![Jangan dengar bisikan jahat runtuh keharmonian negara - KSN Jangan dengar bisikan jahat runtuh keharmonian negara - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-06/41497264278_JalanTAR.jpg)
Rakyat perlu meraikan kepelbagaian perbezaan yang ada untuk bersama-sama memperkukuh seterusnya menjadi sebuah negara yang maju, makmur dan sejahtera. - Gambar hiasan BERNAMA
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717577304_tbFahmiFadzil.jpg)
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
Kerajaan Perpaduan hari ini mengumumkan tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka' bagi sambutan Hari Kebangsaan untuk edisi 2024.
![Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716283684_FahmiFadzil.jpg)
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694428076_MohdYusofshahari.jpg)
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
![Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676227765_harimalaysia.jpg)
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
![76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam 76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/41440220003_carcrash.jpg)
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
![[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial [KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693440773_HariKebangsaan.jpg)
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
!['Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton' 'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693640380_HariKebangsaan.jpg)
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
![Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652870542_TBDUNBSWKjpg.jpg)
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
![Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693580575_JalurGemilanghiasi.jpg)
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
![Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023 Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693456288_TBagong.jpg)
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.