IPOH:Orang ramai terutama penduduk di sekitar Ipoh dan Manjung dinasihatkan tidak cemas sekiranya mendengar bunyi letupan pada Ahad ini sehingga Jumaat depan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Zakaria Abd Rahman berkata letupan itu merupakan sebahagian daripada Latihan Kursus Lanjutan Mengiring Orang Kenamaan Trafik antara pihaknya dengan Pasukan 69 Komando pada 11 hingga 16 Okt ini.
"Latihan ini akan melibatkan letupan di beberapa lokasi di sekitar daerah Ipoh dan Manjung," menurutnya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata jalan-jalan yang terlibat di Ipoh adalah Jalan Taman Rekreasi Gunung Lang, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Kompleks Sukan, Lebuh Cecil Rae, Jalan Raja Ashman Shah, Jalan Raja Dihilir dan Jalan Tambun.
Sementara di Manjung pula, jalan terlibat ialah Jalan Kampung Woh, Jalan Sitiawan, Jalan Iskandar Shah, Jalan Pinang Raja, Jalan Teluk Muruh, Jalan Utama Marina Island, Jalan Lumut, Jalan Ipoh Lumut dan Jalan Kampung Baharu Sitiawan.
Sehubungan itu, beliau meminta pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan pegawai serta anggota trafik yang bertugas dan untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451562 atau Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020

Supt Zakaria Abd Rahman berkata letupan itu merupakan sebahagian daripada Latihan Kursus Lanjutan Mengiring Orang Kenamaan Trafik. -Foto Facebook/@polisdaerahpontian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa
Pengurusan Mydin Meru Raya memaklumkan, pengoperasian itu dilakukan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak JBPM.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.

Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.

Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh
Nurul Syuhada Muksin, 18, dipercayai membawa beg pakaian dan keluar dari asrama sebuah politeknik di Ipoh pada 9 Okt.