KUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan supaya menjaga adab dengan baik dan berkelakuan sopan serta tidak melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan maruah diri sempena kemeriahan Hari Raya Aidilfitri.
Perkara tersebut ditegaskan dalam khutbah raya berkenaan bagi seluruh masjid di Wilayah Persekutuan.
Menurut teks tersebut, kewujudan pelbagai media sosial kini yang membantu orang ramai menggambarkan kemeriahan hari lebaran itu perlu diikuti dengan batas agama ditetapkan.
"Jagalah batas-batas pergaulan di antara kita yang bukan mahram dan pilihlah cara pemakaian yang mengikut syariat dan penuh kesopanan.
"Dalam meraikan Aidilfitri, pastinya ramai dalam kalangan kita yang ingin menggambarkan kemeriahan menyambutnya di media sosial seperti di Facebook, Tik Tok, Reels, Instagram dan lain-lain.
"Namun harus diingat supaya menjaga adab sopan dan akhlak Islam dengan berpakaian mengikut syariat, tidak menonjolkan perlakuan negatif seperti percampuran lelaki, wanita yang bukan mahram, tidak menutup aurat serta melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri," kata teks itu.
Tambah teks berkenaan, umat Islam perlu menjauhi daripada membelanjakan wang untuk perkara sia-sia pada hari raya seperti membeli mercun dan bunga api.
Jelasnya, meskipun pihak berkuasa membenarkannya, namun terdapat keperluan lain yang lebih penting pada wang tersebut.
"Cubalah mengelakkan pembaziran dan bahaya yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling.
"Alangkah lebih baik duit yang digunakan untuk membeli bunga api dan mercun didahulukan untuk perbelanjaan yang penting khususnya untuk isteri, anak-anak dan ahli keluarga," ujarnya.
Teks khutbah itu turut menyentuh tentang nasihat kepada masyarakat agar menitikberatkan bantuan dan pertolongan terhadap insan yang kurang berkemampuan
"Di saat kita menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan, masih terdapat saudara-saudara kita yang masih diuji dengan kekurangan, kesedihan, kefakiran dan keuzuran.
"Hulurkanlah bantuan kepada yang memerlukan terutama anak-anak yatim dan jiran tetangga yang diuji dengan kemiskinan, ambillah kesempatan untuk menziarahi saudara mara serta rakan taulan yang sedang menanggung ujian kesakitan di hospital mahupun terlantar di rumah.
"Semoga apa yang dilakukan itu mampu mengukir senyuman di bibir mereka dan terbit rasa syukur di hati mereka kerana masih ada yang mengingati di hari lebaran penuh kegembiraan ini," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 22 2023
Orang ramai mengambil kesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jangan cemarkan maruah diri sempena kemeriahan Aidilfitri
Kewujudan pelbagai media sosial kini yang membantu orang ramai menggambarkan kemeriahan hari lebaran perlu diikuti dengan batas agama.
Hentikan buli siber dalam media sosial
Buli siber dalam media sosial ini kesannya lebih buruk dari buli tradisional kerana sifat media sosial itu sendiri yang tanpa batasan dan pantas untuk tersebar.
Balai Seni Negara sahkan penurunan karya Ahmad Fuad Osman
Balai Seni Negara berhak menurunkan karya-karya yang menyentuh maruah mana-mana individu, agama, politik, bangsa, adat dan negara.
Kongres Maruah Melayu: Jangan pula lahirkan ekstremis bangsa dan agama
Walaupun tema Melayu akan menjadi kata kunci penting kongres, tetapi diharap ia tidak terpesong daripada matlamat asal sehingga terbentuk satu pemikiran ekstrem.
Defisit moral: Negara perlukan gerakan moral - Sarjana
Beliau berkata, partisipasi massa rakyat dalam perjuangan integriti akan menjadi lebih berkesan.
Cheng Hoe mahu beri Harimau Malaya nafas baru
Jelas Cheng Hoe, dia akan memberi suntikan nafas baru kepada skuad kebangsaan dengan terus cuba menggunakan pendekatan pemain muda.
Najib: Kerajaan bela maruah ATM
Kerajaan akan terus membela dan mempertahankan maruah Angkatan Tentera Malaysia walaupun diperlekehkan pihak tertentu.