Rakyat perlu menghidupkan semula 'sifat tahu malu' jika mahu melahirkan sebuah negara yang berintegriti dan bebas daripada apa jua salah laku jenayah dan rasuah, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil.
Sambil menegaskan integriti bukan suatu pilihan tetapi suatu kemestian jika negara ini hendak diselamatkan, beliau berkata, partisipasi massa rakyat dalam perjuangan integriti akan menjadi lebih berkesan.
Oleh itu, katanya, negara memerlukan satu gerakan moral membabitkan seluruh rakyat, tidak kira agama atau kaum.
"Dalam masyarakat yang sedang mengalami masalah defisit moral, tema integriti memang wajar diangkat menjadi wacana nasional.
"Malah lebih daripada itu, menyaksikan kenyataan mewabaknya pelbagai jenayah seperti rasuah, penipuan, penyalahgunaan kuasa dan segala bentuk kebejatan moral lainnya, diperlukan suatu gerakan moral atau moral movement oleh rakyat pelbagai kaum dan agama," kata Siddiq.
Beliau berkata demikian dalam syarahan bertajuk Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti dan Perpduan Nasional pada satu seminar kebangsaan anjuran bersama Institut Integriti Malaysia dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini hari ini.
Katanya, masyarakat madani dan rakyat keseluruhannya akan lebih merasa terpanggil jika perjuangan menegakkan integriti dipersepsikan sebagai perjuangan keagamaan.
"Dalam konteks agama Islam, membina akhlak mulia adalah maqasid al-bi`thah (objektif pengutusan Rasul) dan sekali gus dapat pula dianggap komponen maqasid al-shari`ah (objektif tertinggi syariat).
"Demikian yang dapat disimpulkan dari sabda Nabi bahawa Baginda diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak mulia.
"Kerana itu, semua hukum ibadat, munakahat dan jinayat mempunyai asas pijakan akhlak dan moral. Masalahnya, pendidikan Islam ketika ini terlalu berorientasi hukum, dengan mengabaikan dimensi moralnya," tambah beliau.
Katanya, antara nilai akhlak yang sangat dipentingkan dalam Islam ialah nilai malu.
Siddiq memberitahu, 'sifat tahu malu' atau sense of shame itu juga akan menjadikan seseorang manusia itu bermaruah.
"Mungkin ini antara yang harus kita usahakan bersama, iaitu membina bangsa yang bermaruah dengan menghidupkan sifat tahu malu dalam kalangan rakyat.
"Apabila setiap orang berasa malu menjadi koruptor, malu menjadi penipu, malu diperbodoh dan seterusnya, akan banyak masalah dapat diselesaikan.
"Tidak akan ada lagi organisasi atau institusi yang korup apabila orang malu menganggotainya," ujar beliau.
Siddiq menambah, suatu ketika, orang Melayu memiliki kesedaran yang tinggi tentang sifat malu seperti yang mereka ekspresikan dalam ungkapan tradisional, 'sehina semalu'.
Katanya, ungkapan tersebut mengisyaratkan makna bahawa malu tidak hanya menjadi sifat individu, tetapi telah menjadi sifat kolektif suatu bangsa.
"'Sehina semalu' bererti sama-sama hina dan sama-sama malu. Apabila negara ini disebut negara yang korup, atau disebut mengamalkan 'kleptocracy at its worst', yang seharusnya malu bukan hanya orang tertentu, tetapi semua rakyat dari segala kaum dan agama.
"Semua mereka berkongsi rasa sehina semalu. Ternyata membina integriti tidak terlepas dari agenda besar membina watak atau karakter bangsa. Untuk itu pendidikan dan pembudayaan nilai-nilai murni, khususnya nilai-nilai agama merupakan suatu keperluan," kata beliau lagi.
Astro Awani
Thu Jul 26 2018

Siddiq (tengah) pada sidang media selepas Seminar Kebangsaan Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti dan Perpaduan Nasional di Menara Integriti, Kuala Lumpur, 26 Julai, 2018.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.

Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.

Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.

Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.

Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.

Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.

Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.

Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.

PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.

Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.