Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih lagi diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Malaysia sejak 12 November 2014, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, beliau mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan status kumpulan itu berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan.
"Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan tersebut susulan gesaan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas semalam supaya Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri mengkaji semula kedudukan LTTE sebagai kumpulan pengganas.
Muhyiddin berkata Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.
BACA: LTTE: Peguam Negara hentikan prosiding terhadap 12 tertuduh serta merta
BACA: LTTE: Polis belum terima makluman rasmi daripada pejabat Peguam Negara
Mengikut Seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk menyenaraikan individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang Ditentukan,” katanya./p
Beliau berkata berdasarkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa, kumpulan itu dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.
" Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang bagi membendung sebarang bentuk penyebaran ideologi dan kegiatan yang berkaitan kumpulan ini,” katanya.
Untuk rekod, selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengisytiharkan dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing-masing, antaranya, India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom, kata Muhyiddin.
Semalam, 12 individu yang didakwa menyokong LTTE termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaren akan dibebaskan selepas Peguam Negara membuat keputusan untuk menghentikan prosiding terhadap mereka.
Dalam kenyataan media 11 muka surat, Thomas memutuskan tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.
- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 22 2020
![Jangan campur tangan, LTTE kekal kumpulan pengganas - Muhyiddin Jangan campur tangan, LTTE kekal kumpulan pengganas - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81580359403_TBNGO.jpg)
Muhyiddin berkata Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri. - Astro AWANI/Shahir Omar
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Semua prosiding kes Muhyiddin digantung Semua prosiding kes Muhyiddin digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707984996_MuhyiddinYassin.jpg)
Semua prosiding kes Muhyiddin digantung
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara prosiding, bagi tiga lagi kes AMLA Muhyiddin.
![Quantum Metal perlu laksana pencegahan di bawah AMLA - BNM Quantum Metal perlu laksana pencegahan di bawah AMLA - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625550980_BNM.jpg)
Quantum Metal perlu laksana pencegahan di bawah AMLA - BNM
Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar.
![Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705637385_TBnajibrazakjpg.jpg)
Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim
Perbicaraan kes AMLA yang dihadapi Najib akan bermula pada 17, 18,19, 23 dan 24 September.
![Bekas pengarah syarikat didakwa terima wang hasil aktiviti haram RM1.26 juta Bekas pengarah syarikat didakwa terima wang hasil aktiviti haram RM1.26 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701245209_TBCourtHammer.jpg)
Bekas pengarah syarikat didakwa terima wang hasil aktiviti haram RM1.26 juta
Bekas pengarah syarikat penyedia perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.
![Pengarah syarikat bebas kes AMLA RM9.1 juta, pecah amanah RM7.6 juta Pengarah syarikat bebas kes AMLA RM9.1 juta, pecah amanah RM7.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700111733_tbpecahamanah.jpg)
Pengarah syarikat bebas kes AMLA RM9.1 juta, pecah amanah RM7.6 juta
Seorang pengarah syarikat pembinaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas satu kes pengubahan wang haram RM9.1 juta dan pecah amanah RM7.6 juta.
![Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699523032_TBsyedsaddiqjp.jpg)
Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman
Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi pada jam 3 petang, Khamis.
![Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699512459_TBsyedsaddiqj.jpg)
Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih.
![Najib pindah wang daripada akaun peribadi ke akaun lain dianggap kesalahan AMLA - Pegawai penyiasat Najib pindah wang daripada akaun peribadi ke akaun lain dianggap kesalahan AMLA - Pegawai penyiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699356506_NajibTunRazak.jpg)
Najib pindah wang daripada akaun peribadi ke akaun lain dianggap kesalahan AMLA - Pegawai penyiasat
Mahkamah Tinggi diberitahu tindakan Najib memindahkan RM150 juta dan RM12 juta daripada akaun peribadinya ke akaun peribadi lain dikategorikan sebagai kesalahan di bawah AMLA.
![Wan Saiful akan didakwa kes AMLA esok Wan Saiful akan didakwa kes AMLA esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685532646_DatukWanSaifulWan.jpg)
Wan Saiful akan didakwa kes AMLA esok
Wan Saiful mengesahkan beliau diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi kes baharu membabitkan pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA).
![Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697869871_tbDatuk.jpg)
Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut
Reman seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' yang ditahan pada 17 Okt lepas dilanjutkan hingga esok.