IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden kediaman Ahli Palimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dibaling dengan molotov cocktail awal pagi tadi, sebaliknya ia perlu diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan.
Beliau berkata ini kerana sebarang spekulasi bukan hanya akan menganggu siasatan polis sahaja, malah boleh mengundang perkara yang menjejaskan keharmonian antara satu sama lain.
"Sebagai pengerusi jawatankuasa keselamatan, saya mengharapkan tidak berlaku sebarang masalah, sama ada perbuatan khianat atau balas dendam. Kalau itu berlaku, ia akan menjadikan negeri kita tidak aman.
"Suka juga saya ingatkan, kita semua perlu bertindak waras dan jangan melakukan apa-apa perbuatan di luar perikemanusiaan ataupun melanggar undang-undang," katanya ketika ditemui pemberita selepas berucap sempena Executive Talk dan Perutusan Tahun Baru 2024 di Hotel Casuarina@Meru di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis sedang giat mengesan individu yang disyaki melontar molotov cocktail Ngeh Koo Ham awal pagi tadi, sehingga menyebabkan sebuah kenderaan terbakar.
Sementara itu, Saarani berkata insiden itu juga seharusnya dijadikan iktibar selain mana-mana individu yang melakukan perkara itu seharusnya dikenakan tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.
"Boleh dikatakan terlalu awal untuk dikatakan siapa yang buat benda itu cuma apa yang pasti pesalah harus dikenakan tindakan atau hukuman yang sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Saarani berkata, sebarang spekulasi bukan hanya akan menganggu siasatan polis sahaja, malah boleh mengundang perkara yang menjejaskan keharmonian antara satu sama lain. - Gambar fail/Astro AWANI
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim.
Polis buka buka kertas siasatan kes aniaya kucing tular
Polis membuka kertas siasatan kes membabitkan seorang lelaki warga emas yang mengheret seekor kucing menggunakan jaring dipercayai kerana selalu membuang najis di hadapan rumahnya.
Bunyi letupan, gegaran di Ipoh dikategorikan misteri - Ayob Khan
Bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh, Perak sehingga kini masih dikategori sebagai misteri,
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.
Sijil halal: Polis buka kertas siasatan ke atas Teresa Kok - KPN
Polis membuka kertas siasatan ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.
Ahmad Zahid sedia disiasat dakwaan unsur tipu SD
Ahmad Zahid sedia disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD).
Gangguan seksual terhadap kerani bank: Siasatan polis di peringkat akhir
Siasatan kes seorang pegawai operasi sebuah bank di Bercham, berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita rakan sekerjanya berada di peringkat akhir.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Anwar tegaskan tidak campur tangan siasatan terhadap Muhyiddin
Anwar berkata tidak akan mencampuri siasatan terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh institusi diraja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.
Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang saingan acara silat Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Bandaraya Miri, semalam.