"Seseorang yang saya boleh bekerja bersama," kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika menyifatkan peribadi Setiausaha Pertahanan baharu Amerika Syarikat, Jeneral (B) James Mattis.
"Ikhlas, jujur, berintegriti tinggi, dan berminat memahami kita," kata Menteri Pertahanan Malaysia itu pada akaun Twitternya selepas mesyuarat bilateral Malaysia-AS yang diadakan di luar Dialog Shangri-La 2017.
Hishammuddin berada di sini menghadiri edisi ke-16 Sidang Kemuncak Keselamatan Asia, dianjurkan oleh Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) selama tiga hari bermula 2 Jun.
Selain Mattis, beliau juga berpeluang mengadakan mesyuarat bilateral dengan beberapa orang rakan sejawatannya iaitu Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen; Menteri Pertahanan Indonesia Jeneral (B) Ryamizard Ryacudu; Menteri Pertahanan Australia Senator Marise Payne; Menteri Angkatan Tentera Perancis Sylvie Goulard; dan Menteri Pertahanan Jepun Tomomi Inada.
"Perbincangan tertumpu kepada perkara berkaitan hubungan pertahanan bilateral dan multilateral, khususnya peranan kita dalam mendepani dinamik persekitaran keselamatan serantau," kata Hishammuddin dalam kenyataan dikeluarkan pada hari akhir sidang kemuncak itu hari ini.
Pada Dialog Shangri-La IISS itu, Hishammuddin diberi peluang berucap mengenai topik "New Challenges For Crisis Management In The Asia-Pacific" (Cabaran Baharu Bagi Pengurusan Krisis di Rantau Asia Pasifik), bersama Menteri Pertahanan Kanada Harjit Singh Sajjan, dan Pengerusi Jawatankuasa Ketua Turus Bersama Angkatan Tentera Paksitan Jen Zubair Mahmood Hayat.
Dalam ucapannya, Hishammuddin menekankan lima cabaran yang pada pandangannya paling relevan pada masa ini, antaranya perkembangan cita-cita Daesh di Asia Pasfik, ketegangan semakin meningkat dan ketidakstabilan di Semenanjung Korea, serta ketidakseragaman dalam usaha hegemoni di Laut China Selatan.
Bagi menangani cabaran itu, Hishammuddin mencadangkan lima penyelesaian, antaranya memperjuangkan kesederhanaan baik di dalam mahupun merentasi sempadan, serta memperbaharui komitmen untuk kerjasama serantau dan antarabangsa.
"Paling penting, saya ingin mengingatkan perwakilan bahawa apabila menghadapi ancaman seperti pelampau agama, tiada satu negara pun boleh mendepaninya secara bersendirian.
"Ia adalah lebih penting kini berbanding sebelum ini, kita meletakkan barisan hadapan yang bersatu, membina pakatan dan pergerakan sederhana dengan negara-negara berfikiran sealiran dengan kita, untuk menjadi suara bagi menentang keganasan dan ekstremisme - prinsip yang menjadi amalan rundingan terbaharu Malaysia dalam dasar luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2017
!['James Mattis seseorang yang saya boleh bekerja bersama' - Hishammuddin 'James Mattis seseorang yang saya boleh bekerja bersama' - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/81496583886_HishammudinHussein.jpg)
Hishammuddin bersama Mattis bertemu mesyuarat bilateral Malaysia-AS yang diadakan di luar Dialog Shangri-La 2017. - Reuters
[TERKINI] Pengumuman KDNK suku tahun kedua 2024
Ikuti sidang media bersama Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengenai Keluaran Perangkaan KDNK 2024.
![Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723785155_TBTerhempas.jpg)
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.
AWANI Ringkas: Pelarasan gaji 15-42 peratus untuk penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024
Ikuti Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
[TERKINI] Analisis prestasi ekonomi Malaysia ST2 2024
Felo Penyelidik Bersekutu, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengulas berkenaan prestasi ekonomi Malaysia hasil data KDNK suku kedua tahun 2024.
![Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723783308_EdSheeran.jpg)
Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool
Sheeran telah menjadi tumpuan di Portman Road, setelah menaja kedua-dua baju pasukan lelaki dan wanita sejak tiga musim lalu.
![PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723780499_TengkuRazaleigh.jpg)
PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri tanpa mengira parti digalakkan untuk turun beramai-ramai menunaikan tangggungjawab masing-masing pada hari mengundi esok.
![Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723782682_AnwarIbrahim.jpg)
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar
Seiring dengan peningkatan syarat masuk minimum ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.
![Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000 Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714884330_TBAzliMohdNoor.jpg)
Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000
Polis menahan seorang buruh dan merampas pelbagai dadah seberat 553.7 gram yang dianggar bernilai RM33,038 di Tok Adis, Kuala Ibai.
#AWANIRingkas 16 Ogos 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Ogos 2024
1️⃣ Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
2️⃣ PRK DUN Nenggiri esok
3️⃣ Pembinaan KIA, Kementerian sedia bantu
#awaniringkas
1️⃣ Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
2️⃣ PRK DUN Nenggiri esok
3️⃣ Pembinaan KIA, Kementerian sedia bantu
#awaniringkas
![Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723772704_JDVanceTimWalz.jpg)
Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt
Debat akan dikendalikan Norah O'Donnell bersama Margaret Brennan.
![Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.
![Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS - Tengku Zafrul Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723434480_TBZAFRUL.jpg)
Malaysia dijangka mampu hadapi jangkaan kemelesetan AS - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis dengan keupayaan ekonomi Malaysia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).
![Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723337804_Football.jpg)
Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita
AS meraih pingat emas acara bola sepak wanita selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Brazil di Sukan Olimpik Paris.
![Paramount potong 15 peratus tenaga kerja di AS Paramount potong 15 peratus tenaga kerja di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723205419_TBParamount.jpg)
Paramount potong 15 peratus tenaga kerja di AS
Paramount Global mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan mengurangkan 15 peratus tenaga kerjanya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
![China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703472832_MalaysiaChina.jpg)
China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis
Tan berkata, China bakal memperkenalkan dasar agresif bagi memperkukuh ekonominya sejajar perkembangan terkini di negara itu.
![Duta Besar China ke AS: Jom melancong ke China tanpa ragu-ragu Duta Besar China ke AS: Jom melancong ke China tanpa ragu-ragu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722935843_tbForbiddenCity.jpg)
Duta Besar China ke AS: Jom melancong ke China tanpa ragu-ragu
Antara lain, China menyediakan layanan transit tanpa visa selama 72 jam atau 144 jam kepada pemegang pasport dari 54 negara termasuk AS.
![AS terlibat diplomasi sengit redakan ketegangan Timur Tengah - Blinken AS terlibat diplomasi sengit redakan ketegangan Timur Tengah - Blinken](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722897648_AntonyBlinken.jpg)
AS terlibat diplomasi sengit redakan ketegangan Timur Tengah - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken memaklumkan Washington terlibat dalam diplomasi sengit meredakan ketegangan di Timur Tengah pada Isnin.
![Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713497997_TBMarket.jpg)
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
![AS bantu Israel siap sedia serangan Iran AS bantu Israel siap sedia serangan Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676342900_JohnKirby.jpg)
AS bantu Israel siap sedia serangan Iran
Amerika Syarikat (AS) terus membantu Israel bersedia menerima serangan balas dijangkakan oleh Iran selepas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.