KOTA KINABALU: Berlaku kejadian jambatan runtuh di KM0.264, Jalan Pengalat Tenom pagi ini menyebabkan jalan itu ditutup kepada semua jenis kenderaan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memberitahu jambatan itu runtuh akibat hakisan tanah di kawasan tersebut dan penutupan jalan serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilakukan.
"Status jalan akan dikemas kini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan terdapat kejadian tanah runtuh di Jalan Keningau-Kimanis Banjaran Crocker malam tadi yang mengakibatkan gelongsoran tanah dan serpihan batu ke jalan raya.
Kenyataan itu menyatakan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau membantu membersihkan kawasan terlibat menggunakan pencedok, cangkul dan semburan air bagi mengalihkan tanah serta serpihan batu.
"Ia bagi memastikan jalan raya tidak licin dan selamat untuk dilalui, tiada mangsa terlibat. Operasi tamat pada 10.25 malam," menurut kenyataan itu hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022
Jambatan itu runtuh akibat hakisan tanah di kawasan tersebut dan penutupan jalan serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilakukan. - Foto Facebook/Jabatan Kerja Raya Sabah
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
'Dashcam' kereta rakam detik jambatan di utara Vietnam runtuh akibat Taufan Yagi
Jambatan yang merentasi Sungai Hong dan menghubungkan daerah Lam Thao dengan daerah Tam Nong runtuh sekelip mata.
Kepala air: Jambatan 'Battle of Slim' banyak sejarah, 'jasa' - Penduduk
Jambatan Lama Sungai Slim yang runtuh petang semalam akibat kejadian kepala air memainkan peranan besar dalam kehidupan harian penduduk.
Insiden kepala air Ulu Slim: Jambatan Slim Village runtuh
Jambatan yang runtuh itu melibatkan laluan sepanjang empat meter di Jalan Slim River-Ulu Behrang dekat Mualim.
15 disahkan maut dalam kejadian jambatan runtuh di China
Jumlah petugas penyelamat profesional di lokasi telah meningkat kepada 1,630 orang pada 2 petang Ahad.
Kapal akibatkan jambatan di Baltimore runtuh dialihkan
Pagi ini, kapal kargo yang berlanggar dengan Jambatan Francis Scott Key telah dipindahkan secara rasmi.
Taufan tropika landa Madagascar, 18 dilaporkan maut
Siklon Tropika Gamane telah melintasi timur laut Madagascar pada Rabu dan Khamis menjejaskan 20,000 mangsa.
Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh
Perlanggaran pada awal Selasa itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
Jambatan runtuh akibat banjir, empat kampung di Kuala Krai terjejas
Kira-kira 500 penduduk daripada empat kampung dekat Chenulang, terputus hubungan apabila sebuah jambatan runtuh akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.
Penduduk terus guna jambatan runtuh, terhakis akibat banjir
Penduduk masih terus menggunakan jambatan berkenaan walaupun membahayakan keselamatan mereka.