Siklon Tropika Gamane telah melintasi timur laut Madagascar pada Rabu dan Khamis menjejaskan 20,000 mangsa.
Astro Awani
Sat Mar 30 2024
Pandangan dari udara menunjukkan kesan Siklon Tropika Gamane di Madagascar. - Foto REUTERS
ANTANANARIVO: Taufan tropika yang melanda pula Madagascar minggu ini telah membunuh sekurang-kurangnya 18 individu dan menyebabkan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.
Agensi Pengurusan Bencana Madagascar pada Jumaat berkata, Siklon Tropika Gamane telah melintasi timur laut Madagascar pada Rabu dan Khamis menjejaskan 20,000 mangsa.
Gamane mendarat di utara Vohémar di timur laut Madagascar pada pagi Rabu dengan angin purata 150 kilometer (km) sejam dan tiupan kencang berkelajuan 210km sejam.
Ia mula mereda pada petang Khamis namun hujan lebat mula melanda beberapa kawasan di Madagascar hingga menyebabkan bajir yang dasyhat.
Pihak pengurusan bencana juga melaporkan beberapa insiden jalan raya dan jambatan runtuh berlaku di beberapa kawasan di utara Madagascar.
Kebanyakan rumah dan pejabat awam serta swasta juga mula dinaiki air memaksa penduduk yang terjejas untuk berpindah ke penempatan sementara yang disediakan.
Taufan atau Siklon Gamane adalah yang pertama berlaku untuk tahun ini dalam musim taufan dan ribut Madagascar.
Awal tahun lalu, Taufan Freddy dan Ribut Tropika Cheneso membunuh sekurang-kurangnya 37 orang dan memaksa beribu-ribu orang meninggalkan rumah mereka.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini