SABAK BERNAM: Pembinaan jambatan kedua Sungai Air Tawar yang merentas Sungai Bernam ke Pekan Hutan Melintang, Perak sepanjang 2.04 kilometer (km) membabitkan peruntukan RM220 juta dijangka siap pada Mei 2025.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Ir Izham Hashim berkata sebut harga projek yang bakal mewujudkan jaringan infrastruktur jalan raya menghubungkan Selangor dan Perak itu akan dikeluarkan pada Januari tahun depan.
"Projek tersebut atas permintaan penduduk akan memendekkan perjalanan daripada kebiasaannya 40 minit kepada 10 minit mengikut jalan biasa dan ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak cadangan pembinaan jambatan kedua Sungai Air Tawar di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), di sini, pada Isnin.
Izham berkata projek persekutuan itu membabitkan pembinaan jalan luar bandar sepanjang 3.2 km termasuk jambatan sepanjang 2.04 km, berserta kemudahan seperti pemasangan lampu jalan di persimpangan, jambatan serta sistem perparitan dan pemasangan perabot jalan turut dilaksanakan.
Sementara itu, Izham berkata kerajaan negeri Selangor sedang melaksanakan beberapa projek termasuk menaik taraf jalan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam dan naik taraf jambatan di Pekan Sungai Besar manakala projek naik taraf Jalan Sungai Panjang dari simpang jalan persekutuan ke Parit Empat Timur, Sg Besar sepanjang 3.5 km sedang dalam fasa rekabentuk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021

Izham (kanan) pada sesi taklimat pembinaan jambatan kedua menghubungkan Sungai Air Tawar Selangor ke Hutan Melintang Perak di Kampung Dato' Hormat, pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Video tular: JKSB nafi Jambatan Kedua di Pulau Pinang retak
Video yang memaparkan retakan pada struktur jambatan seperti yang tular di media sosial sejak Ahad bukan melibatkan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua di Pulau Pinang.

Diskaun tol Jambatan Kedua Pulau Pinang sebanyak 30 peratus sempena Aidilfitri
Pemberian diskaun itu akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad).

Kadar tol di dua Jambatan Pulau Pinang kini seragam
Pengurangan daripada RM8.50 itu susulan pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, 11 Oktober lalu.

Jambatan Kedua P.Pinang dijangka dibuka kepada umum akhir Februari
Pembukaan hanya akan dilakukan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.