Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meminta sebuah akhbar republik itu, The Jakarta Post, supaya berhenti menjaja pembohongan terhadap demokrasi di Malaysia.
Beliau menegaskan Malaysia telah menikmati keamanan dan kemakmuran sejak lebih 60 tahun lalu di bawah sistem demokrasi berparlimen mengikut gaya 'Westminster'.
"Saya merujuk kepada artikel The Jakarta Post bertajuk 'Truly ASEAN' bertarikh 10 April 2018. Bertujuan menjual berita semata-mata dan bukan mengutarakan kebenaran, penulisan itu dicemari oleh kepalsuan dan tuduhan tidak berasas yang mengaibkan demokrasi Malaysia dan penduduknya."
The Jakarta Post telah mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak serupa dengan mantan presiden Indonesia Suharto, yang mengamalkan taktik manipulasi.
"Bagi rakyat Indonesia, taktik yang digunakan oleh pemimpin Malaysia Najib Razak untuk memenangi pilihan raya umum akan datang mengingatkan kepada helah Suharto ketika 32 tahun pemerintahannya," kata The Jakarta Post dalam ruangan lidah pengarangnya.
Zahrain berkata, "Malaysia telah melalui 13 pilhan raya dengan jayanya, ia berjalan dengan sangat baik bagi negara kami dan kami berhasrat untuk melestarikannya.
"Badan pengurusan pilihan raya dari negara luar, termasuk Komisi Pemilihan Umum dari Indonesia dijemput sebagai pemerhati dalam pilihanraya kami.
"Menerusi pilihan raya yang bebas dan adil, pengundi dapat memilih wakil mereka ke Parlimen tanpa rasa ketakutan.
"Pada akhirnya, sesiapa yang mendapat keyakinan Parlimen akan dilantik sebagai Perdana Menteri dan dipelawa menubuhkan kerajaan.
"Nasihat saya kepada penulis (The Jakarta Post), tolong berhenti menjaja pembohongan."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 13 2018

Artikel yang dikeluarkan The Jakarta Post Selasa lalu.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Wartawan buat laporan polis terhadap penulis didakwa fitnah, cemar reputasi Premier Sarawak
Seorang wartawan veteran di sini telah membuat laporan polis terhadap seorang penulis dua artikel dalam talian baru-baru ini yang dikatakan memfitnah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah
Lalitha mendakwa kandungan artikel dan ciapannya berhubung Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki diperoleh daripada sumber yang sah.

Wisma Putra jelaskan isu artikel mengenai Tubir Selatan
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan Indonesia tidak membuat sebarang kenyataan menuntut kedaulatan Tubir Selatan (South Ledge) seperti didakwa sebuah artikel terbitan Defence Security Asia.

Ketua Polis Negara kunjungi Tun Abdullah, maklum hasil siasatan kes berita palsu
Abdul Hamid meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan bertanya khabar kepada Abdullah serta isterinya Tun Jeanne Abdullah, di kediaman mereka.

Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.

Tiada dokumen sulit dipapar di laman Dark Web - Markas TLDM
Markas TLDM berkata pihaknya telah mengambil maklum perkara berkenaan dan akan menyiasat punca serta sumber ketirisan maklumat itu.

Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah
Pada 10.01 pagi, saham AirAsia Group turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 20.95 juta bertukar tangan manakala AirAsia X jatuh satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen.

Najib tuntut surat tunjuk sebab dari Lim Kit Siang dan dua lagi berhubung artikel
Najib mendakwa artikel dibuat bagi mengenakan tekanan ke atas Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mahkamah berkenaan dalam kes SRC International.

Ramasamy beri keterangan di Bukit Aman
Ramasamy berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak polis.

Artikel itu melukakan hati dan merosakkan reputasi saya - Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata beliau merasakan difitnah atau diburukkan oleh kata-kata yang terkandung dalam artikel itu.