Pengasas Alibaba, Jack Ma yang baharu dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital kepada Kerajaan Malaysia, amat teruja dengan tugas yang diberikan kepada beliau.
Berucap di pelancaran Pavilion Pelancongan Malaysia Alitrip yang dibangunkan bersama Alibaba, Ma berkata beliau melihat ke hadapan yang mana Malaysia akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pada 2017 dengan bantuan beliau dan tahun-tahun akan datang.
Taikun internet yang sebelum itu melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengadakan perbincangan menarik dengan Najib "mengenai apa yang kami boleh lakukan bersama di Malaysia dan China."
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di atas keputusannya pada tahun 1972 untuk menjalin hubungan diplomatik dengan China dan kerana langkah itu "perkara yang menarik telah berlaku" dengan hubungan dagang yang luar biasa dan ikatan yang semakin rapat dan kukuh antara Malaysia dan China.
BACA: Penasihat ekonomi digital, Jack Ma, akan teraju E-Dagang Malaysia - PM Najib
Ma berkata berdasarkan rangkaian sosial, rakyat Malaysia adalah peramah kerana purata rakyat Malaysia mempunyai 235 rakan di dalam rangkaian sosial, dan ini menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia menilai persahabatan.
Justeru, beliau berkata terdapat keperluan bagi teknologi aplikasi dan interaktif yang baharu untuk golongan muda berhubung dan bersama membina tempat tinggal yang lebih aman.
Bercakap mengenai Malaysia, Ma melahirkan cintanya kepada negara itu yang mana beliau menikmati percutian yang menarik dengan makanan yang lazat, budaya dan tempat menarik untuk dikunjungi.
"Dua ribu tahun dahulu, orang China datang ke Malaysia untuk meneruskan kehidupan, kini 2,000 tahun kemudian orang China patut mengunjungi Malaysia untuk berehat," katanya sambil berseloroh. - Bernama
Bernama
Sat Nov 05 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma (kanan) pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Enam pelajar SM Imtiaz Kuala Berang rangkul dua emas pertandingan inovasi di China
Enam pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang meraih dua pingat emas dalam International Innovative Technology Summit (ITTS) 2024 di Beijing, China baru-baru ini.
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.