KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan pihaknya bersama pasukan siasatan masih lagi meneliti kesemua bukti baharu kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB), yang membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh menjelaskan, sebarang keputusan sama ada mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri itu, pihak lain atau sebaliknya akan dibuat AGC selepas selesai siasatan yang lebih terperinci dan komprehensif.
Malah katanya, AGC juga tidak pernah menggunakan perkataan menarik balik atau withdraw dalam kes melibatkan Ahmad Zahid sebagaimana yang dinyatakan Majlis Peguam, baru-baru ini.
"Dalam hal ini, AGC menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Majlis Peguam yang mengatakan jabatan ini kononnya dengan sendirinya mencemarkan reputasi dan kredibilitinya.
"Justeru, kami meminta semua pihak untuk berhenti membuat sebarang spekulasi berhubung keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) YAB," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ahmad Terrirudin menjelaskan mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara boleh menghentikan pertuduhan di mana-mana peringkat selagi penghakiman belum diberikan mahkamah dan ini termasuk juga di peringkat selepas kes prima facie telah dibuktikan.
"Penting juga untuk dinyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama sesuatu pertuduhan itu diberhentikan selepas kes prima facie dibuktikan.
"Jabatan ini menegaskan bahawa sebarang budi bicara yang dilaksanakan oleh Peguam Negara tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya apatah lagi akibat daripada campur tangan oleh mana-mana pihak tetapi, semata-mata setelah Peguam Negara mengambil kira keadilan kepada semua pihak dan demi pentadbiran keadilan," ujarnya.
Beliau menegaskan, Peguam Negara dan AGC mempunyai kedudukan paling baik dalam membuat keputusan sama ada sesuatu pertuduhan tersebut seharusnya diteruskan atau tidak berdasarkan kepada pelbagai faktor termasuk laporan-laporan daripada pihak penyiasatan serta representasi-representasi yang dikemukakan.
Dalam kes berkaitan, beliau menjelaskan keputusan Peguam Negara untuk menggunakan budi bicara beliau di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak sama sekali dibuat tanpa sebarang asas.
Sebaliknya, kata beliau, AGC mengemukakan 11 alasan kepada mahkamah, malah kesemua 11 alasan berkenaan telah pun dilaporkan di media di mana boleh diakses dan dibaca umum.
Ahmad Terrirudin memberitahu, berdasarkan representasi-representasi yang dikemukakan, adalah menjadi tugas seorang Peguam Negara untuk mempertimbangkan setiap alasan dan perincian yang diberikan oleh pihak tertuduh.
"Malah, Peguam Negara dan AGC juga dikehendaki (atas prinsip keadilan undang-undang) untuk turut bekerjasama dengan pihak penyiasatan berkenaan dengan setiap butiran yang dikemukakan tertuduh melalui representasi-representasi yang diberikan.
"Dalam erti kata lain, Peguam Negara serta jabatan ini tidak boleh secara semberono menolak representasi-representasi yang dikemukakan oleh mana-mana tertuduh, sebaliknya, perlu meneliti setiap butiran yang diberikan demi menegakkan proses undang-undang.
"Perlu diingatkan juga bahawa tugasan jabatan ini bukanlah untuk memastikan mana-mana tertuduh disabitkan melalui apa cara sekalipun," tambah beliau.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tugas hakiki AGC adalah untuk memastikan proses undang-undang ditegakkan sepenuhnya berlandaskan kata-kata yang dikenali sebagai Blackstone Ratio: "It is better that ten guilty persons escape than that one innocent suffer".
Dalam kes membabitkan Ahmad Zahid katanya, representasi-representasi yang dikemukakan mempunyai terlalu banyak butiran dan setiap representasi mempunyai lebih daripada 200 muka surat, tidak termasuk dokumen-dokumen sokongan yang dilampirkan.
"Oleh itu, sudah tentu Peguam Negara serta jabatan ini perlu mengambil masa untuk meneliti setiap butiran dan dokumen yang disertakan dengan penuh hemah sebelum apa-apa keputusan boleh dibuat termasuklah meneliti representasi-representasi yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dilampirkan serta seterusnya, berhubung dengan pihak-pihak penyiasatan sebelum sebarang keputusan dan tindakan boleh diambil," jelasnya.
Beliau menegaskan, Peguam Negara hanya melaksanakan tugas dan kewajipan beliau sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang sedia ada.
Umavathi Ramayah
Fri Sep 08 2023
Ahmad Terrirudin Mohd Salleh menjelaskan, sebarang keputusan sama ada mendakwa semula Ahmad Zahid Hamidi, pihak lain atau sebaliknya akan dibuat AGC selepas selesai siasatan yang lebih terperinci dan komprehensif. - Gambar fail/Sinar Harian
Cabaran dalam menggubal ‘Lemon Law’ antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Cabaran dalam menggubal undang-undang 'Lemon Law' bagi melindungi pengguna dalam urusan pembelian kenderaan antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir
Kerajaan Sabah mengambil langkah jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kesan segera dan mengelakkan kerosakan lebih teruk akibat banjir yang sedang melanda negeri itu.
Hukuman Trump ditangguhkan ke 18 September
Hukuman ke atas Trump berkaitan wang tutup mulut ditangguhkan, memberi peluang berhujah beliau kebal pendakwaan. Hukuman akan diputuskan di tengah kempen pilihan raya.
Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel
PBB lapor arahan pemindahan Israel di Khan Younis dan Rafah melibatkan 250,000 penduduk, tingkatkan penderitaan awam dan keperluan kemanusiaan.
Perang Gaza cipta pusaran penderitaan manusia
Sigrid Kaag dari PBB nyatakan keruntuhan sistem kesihatan dan pendidikan di Gaza akibat perang, menambah penderitaan penduduk awam.
BWF semak semula protokol kecemasan susulan kematian pemain
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.
Lebih 100 terbunuh di India dalam rempuhan keagamaan
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Kempen pemilihan semula Presiden AS, Joe Biden catat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama.
Kerajaan setuju cadangan tempoh kelulusan pajakan melombong
Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) hari ini bersetuju dengan cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya di bawah Enakmen atau Ordinan Mineral Negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
AGC tolak representasi jurutera teknologi maklumat gugur tuduhan buat hantaran jelik hina Islam
AGC menolak representasi dikemukakan seorang jurutera teknologi maklumat bagi menggugurkan pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik menghina agama Islam.
AGC akan bantah permohonan Daim dan keluarga cabar tindakan SPRM beku akaun
AGC akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Tun Daim dan keluarganya berhubung tindakan SPRM membekukan akaun bank mereka.
Draf pindaan Akta 50 dikemuka kepada AGC untuk semakan - Dr Dzulkefly
Draf Rang Undang-undang pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) telah siap dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan.
Representasi Papagomo gugur pertuduhan ditolak, perbicaraan bermula 11 Julai
Representasi dikemukakan Papagomo untuk menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel ditolak Jabatan Peguam Negara.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Representasi Sanusi batal dua tuduhan menghasut ditolak
Datuk Masri Mohd Daud berkata, keputusan itu telah dimaklumkan kepada pihak pembelaan yang mewakili Sanusi, sebelum ini.
AGC bantah permohonan Syed Saddiq berhubung pemberhentian peruntukan Parlimen Muar
Jabatan Peguam Negara akan membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tiga pihak lain.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.