KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial bahawa seorang lelaki berusia 20 tahun dari Taman Tas di sini maut akibat COVID-19.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata setakat ini, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di negeri itu ialah 58 orang dengan kematian termuda seorang lelaki berusia 23 tahun.
Beliau berkata Hospital Tengku Ampuan Afzan juga tidak menerima sebarang kes mayat dibawa ke hospital atau 'brought in dead' (BID) melibatkan individu berumur 20-an.
Katanya semakan dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang turut mengesahkan tiada kes BID dilaporkan semalam melibatkan mana-mana daerah di negeri itu.
Sehubungan itu, Dr Bahari menasihati penduduk supaya tidak menyebarkan berita tidak benar kerana dikhuatiri menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021

Dr Bahari menasihati penduduk supaya tidak menyebarkan berita tidak benar kerana dikhuatiri menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

Warga emas cedera kereta dipandu terlanggar anak gajah
Mangsa berusia 70 tahun mengalami kecederaan pada bahagian leher dan pergelangan tangan kiri serta masih menerima rawatan di Hospital Kluang.

Cedera: Zii Jia tarik diri Terbuka Swiss minggu hadapan
Pemain berusia 26 tahun itu cedera pada ligamen buku lalinya yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.

Perbelanjaan baiki tandas sekolah seluruh negara cecah RM1 billion - PM
Perdana Menteri menyedari banyak masalah yang dihadapi termasuk pembangunan, kantin dan tandas sekolah yang memerlukan perhatian segera.

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Siti Nurhaliza terharu Anta Permana jadi pilihan Raja Charles III
Pada awalnya, Siti Nurhaliza berasa seperti menjadi mangsa 'scam' bila menerima khabar lagu Anta Permana jadi pilihan Raja Charles III.

Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19
Hospital Tengku Ampuan Afzan juga tidak menerima sebarang kes mayat dibawa ke hospital melibatkan individu berumur 20-an.