Jabatan Imigresen menyangkal dakwaan terdapat kekurangan stok pasport di dalam negara.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Sakib Kusmi berkata jabatan itu telah mengambil langkah segera dengan memantau segala proses pengeluaran pasport versi baharu dengan muka surat biodata polikarbonat dilengkapi cip sejak 9 Mei lepas.
Setakat ini, beliau berkata terdapat 54 pejabat pengeluaran pasport seluruh Malaysia yang telah dihantar dengan sistem baharu untuk mengeluarkan pasport itu, kecuali Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah yang dijadualkan penghantaran sistem baharu itu pada minggu hadapan.
"Bekalan pasport adalah mencukupi semenjak penghantaran sistem baharu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata pada Mei tahun ini, bekalan pasport baharu adalah 220,000 unit dan jabatan itu telah mengeluarkan 206,716 pasport kepada orang awam.
Mengenai laporan terdapat kekurangan stok yang kritikal di Pulau Pinang, Perak dan Johor, beliau berkata ia tidak benar kerana ketiga-tiga negeri itu masing-masing mengeluarkan 12,941, 16,357 dan 36,852 pasport baharu bulan lepas.
Sakib berkata jumlah pasport yang dikeluarkan jabatan itu mungkin berbeza dan menerima kesan daripada keadaan bermusim seperti cuti sekolah dan musim haji.
"Kami bersedia menyelesaikan sebarang masalah jika berlaku kelewatan semasa tempoh peralihan ini.
Setakat ini kami tidak pernah menghentikan pengeluaran pasport Malaysia dan berjaya mengeluarkan pasport kepada setiap pemohon," katanya.
Sakib berkata versi baharu pasport Malaysia mengandungi 28 ciri keselamatan.
"Jabatan ini menekankan pemeriksaan kualiti yang ketat ke atas setiap pasport bagi memastikan kebolehpercayaannya. Malah perbezaan kecil warna atau sedikit calar akan ditolak untuk memastikan kualiti pasport Malaysia pada tahap yang terbaik.
Jabatan ini tidak akan berkompromi dalam standard pengeluaran pasport kepada orang ramai. Sebagai contoh pada peringkat permulaan pengeluaran pasport baharu Malaysia, jabatan ini telah menolak 241 pasport kerana pelbagai isu kualiti," katanya.
Sakib berkata setakat ini, Jabatan Imigresen tidak menerima sebarang aduan bahawa pasport Malaysia gagal berfungsi di pintu masuk atau keluar sama ada tempatan atau antarabangsa.
Bernama
Fri Jun 17 2016
Setakat ini, beliau berkata terdapat 54 pejabat pengeluaran pasport seluruh Malaysia yang telah dihantar dengan sistem baharu untuk mengeluarkan pasport itu. - Gambar fail
Malaysia terajui usaha ASEAN rangka urus tadbir digital, telekomunikasi - Fahmi
Fahmi turut menyatakan cita-cita Malaysia untuk mengetuai dialog global tentang mengemudi peningkatan kesalinghubungan yang semakin rumit.
AWANI 7:45 [7/01/2025] – Bumbung Axiata Arena bocor | Sindiket pemerikasaan Kenderaan berat| Misi JS-SEZ | Nahas udara global
Laporan berita padat dan ringkas # AWANI 7:45 bersama Essan Yahya
1. Apa dah jadi? bumbung Axiata Arena bocor, Terbuka Malaysia terganggu
2. Penyanyi asal bae so bae antara yang bakal didakwa di Narathiwat minggu depan
3. Lebih 30 peratus kerja di Malaysia dipengaruhi AI dalam 10 tahun
4. Nahas udara naik mendadak, 334 terkorban kemalangan penerbangan
1. Apa dah jadi? bumbung Axiata Arena bocor, Terbuka Malaysia terganggu
2. Penyanyi asal bae so bae antara yang bakal didakwa di Narathiwat minggu depan
3. Lebih 30 peratus kerja di Malaysia dipengaruhi AI dalam 10 tahun
4. Nahas udara naik mendadak, 334 terkorban kemalangan penerbangan
Agenda AWANI: #VM2026: Magnet pelancongan serantau
Sejauh mana optimisnya kemampuan Malaysia untuk capai sasaran 35.6 juta pelancong antarabangsa menerusi kempen Visit Malaysia 2026? Apa strategi untuk pastikan pelancongan mampan dan berimpak tinggi dalam VM2026 ini? Diskusi 9 malam
Polis sahkan terima barang kes perlanggaran pelajar tingkatan lima
Kesemua bahan bukti itu diambil daripada Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Jong Pit Chao pada 16 Dis 2023 iaitu selepas hari kejadian perlanggaran.
AWANI Ringkas: Dua guru tadika minta dibicarakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 7 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 Januari 2025
1️⃣ Dua guru tadika minta dibicarakan
2️⃣ Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kilogram dadah
3️⃣ Enam pemeriksa kenderaan antara lapan ditahan SPRM
#awaniringkas
1️⃣ Dua guru tadika minta dibicarakan
2️⃣ Pasangan kekasih didakwa edar lebih 14 kilogram dadah
3️⃣ Enam pemeriksa kenderaan antara lapan ditahan SPRM
#awaniringkas
Agenda AWANI: JS-SEZ: Kerjasama unik, saling untung
Bagaimana Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat mengubah dinamik ekonomi rentas sempadan dan apa mekanisme yang diperlukan untuk memastikan limpahan ekonomi yang berkesan dan kerjasama saling untung buat Malaysia dna Singapura? Diskusi 8.30 malam
Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Jumlah kematian akibat nahas udara global meningkat mendadak pada 2024, dengan 334 orang terkorban dalam kemalangan membabitkan penerbangan awam.
Menjelang pendakwaan, tahap keselamatan penjara dipertingkat
Wakil Astro AWANI Kelantan turun padang masuk ke Narathiwat, Selatan Thailand bagi melihat pelbagai aspek dan sudut khususnya mengenai keselamatan penjara menjelang pendakwaan enam rakyat Malaysia yang ditahan kerana kes dadah dan bakal didakwa 14 Januari ini.
Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.
'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.