Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam dijangka memberi laporan penuh mengenai cadangan penambahbaikan serta syor mereka bulan depan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.
Beliau berkata jawatankuasa tersebut kini masih mendapat dan mengumpul input sebelum mengeluarkan laporan interim dan seterusnya laporan penuh kajian prosedur operasi standard (SOP) peperiksaan awam pada pertengahan Disember ini.
"Jawatankuasa bebas itu telah ditubuhkan. Kita akan meningkatkan lagi pengurusan peperiksaan dengan cadangan penambahbaikan dan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau meninjau perjalanan SOP dan pengurusan keselamatan kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bilik kebal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson bagi 42 pusat peperiksaan, di sini pagi tadi.
Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan ia ditubuhkan untuk mengkaji semula SOP peperiksaan awam yang dikendalikan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Ia dibentuk berikutan kes kebocoran soalan kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 baru-baru ini.
Mengenai perjalanan pengurusan kertas soalan di bilik kebal SMK Anderson, Khair berkata SOP pengurusannya berjalan lancar dan semua prosedur dipatuhi.
"Dari peringkat permulaan dengan pendaftaran ketua pengawas pusat peperiksaan, semakan kertas soalan yang diambil dari bilik kabel, penyimpanan kertas soalan dalam karung yang berkunci, semakan pegawai penyelia kawasan mengenai bilangan kertas soalan, semuanya berjalan lancar mengikut SOP,"
katanya.
Beliau berkata pihaknya mengamalkan kawalan yang lebih ketat dalam proses penyimpanan kertas soalan sebelum dikeluarkan kepada ketua-ketua pusat peperiksaan.
Mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di semua bilik kebal, beliau berkata tahap keselamatannya akan ditingkatkan dan pihaknya kini dalam usaha melengkapkan lagi pemasangan CCTV.
"Kita melihat semua aspek pengendalian kertas soalan bukan setakat di bilik kebal, tetapi termasuk proses lain dari permulaan hingga ke bilik kabel," katanya.
Sebanyak 455,839 calon menduduki SPM di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini hingga 4 Dis.
Bernama
Mon Nov 03 2014
Jawatankuasa tersebut kini masih mendapat dan mengumpul input sebelum mengeluarkan laporan interim dan seterusnya laporan penuh kajian prosedur operasi standard (SOP) peperiksaan awam pada pertengahan Disember ini. - Foto Fail
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Faktor luaran terus dorong ringgit lebih tinggi
Faktor luaran terus mendorong ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama bagi Disember, kata seorang peniaga.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.
Kerajaan optimis capai sasaran sifar miskin tegar 2025 - Mustapa
Kerajaan optimis untuk mencapai matlamat membasmi miskin tegar secara keseluruhan (sifar) di negara ini seperti dirancang pada Disember 2025.
Jualan tiket ETS, KTM Intercity bagi Julai hingga Disember dibuka mulai esok
Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity akan dibuka mulai esok bagi perjalanan dari 1 Julai sehingga 31 Disember tahun ini berdasarkan jadual waktu sedia ada.
PRN Sarawak mungkin diadakan pertengahan Disember atau lebih awal - Dr Annuar
Dr Annuar Rapaee berkata beliau menjangkakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak akan diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Disember ini.
Kossan kesan pertambahan 563 kes COVID-19, kilang terlibat ditutup hingga 30 Dis
Kossan Rubber Industries Bhd mengesan pertambahan 563 kes COVID-19 pada 21 Disember dan kilang yang terlibat akan ditutup sehingga 30 Disember.
Thailand alami cuaca sejuk bulan Disember, Januari
Thailand dijangka akan mengalami cuaca sejuk apabila suhu diramal menurun antara 14 sehingga 16 darjah Celsius pada bulan Disember dan Januari di utara dan timur laut.
Perhimpunan ICERD: Jaga tutur kata, tingkah laku - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peserta Himpunan Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD agar menjaga tutur kata dan tingkah laku ketika perhimpunan