Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membatalkan lesen pengendali dan lesen kenderaan pemilik teksi yang dipercayai mengenakan tambang RM800 kepada dua pelancong Perancis tahun lepas.
SPAD dalam kenyataan hari ini berkata ini berikutan siasatan terhadap aduan pelancong itu yang telah dikenakan tambang tersebut bagi satu perjalanan dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ke Masjid Negara, di sini.
"SPAD juga akan memulakan tindakan perundangan terhadap pengendali terlibat. Sekiranya didapati bersalah, pengendali boleh dikenakan hukuman denda dan/atau penjara dan kenderaan terlibat boleh dilucutkan hak.
"Individu berkenaan juga turut disenarai hitamkan bagi menghalang beliau daripada mendapatkan lesen pengedali pada masa hadapan," menurut kenyataan itu.
SPAD berkata pembatalan itu dilakukan kerana pengendali tersebut didapati mengingkari keperluan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD).
"Seksyen itu memperuntukkan hanya seorang pemandu sah yang berdaftar dengan SPAD sahaja dibenarkan memberi perkhidmatan teksi dan juga mewajibkan penggunaan meter bagi menentukan tambang teksi bajet serta menyatakan keperluan pengeluaran resit bagi perjalanan," menurut kenyataan itu.
SPAD juga berkata kedua-dua pemandu yang berdaftar di bawah lesen pengendali itu tidak memperbaharui kad pemandu mereka yang telah luput. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 11 2017

SPAD berkata pembatalan itu dilakukan kerana pengendali tersebut didapati mengingkari keperluan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD). - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.

Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.

1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.

Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.