Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) digunakan untuk 'menutup mulut' ahli parti itu adalah tidak berasas.
"Beliau berhak memberikan pendapat dalam apa jua isu.
"Namun, dalam hal ini tuduhan beliau itu tidak berasas sama sekali sebab SOSMA itu diwujudkan dengan tujuan tertentu, ia tiada tujuan untuk menutup mulut orang daripada mengkritik kerajaan semata-mata," katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Jelasnya, penahanan ke atas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga berikutan kesalahan yang dilakukan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu.
"Apabila mereka menahan Khairuddin sudah tentu mereka mengambil kira undang-undang tersebut. Sudah tentu ada kesalahan dibuat serta boleh menggunakan kuasa tersebut untuk mengambil tindakan, dan tiada kaitan dengan politik," jelas beliau.
Dr Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia bagaimanapun yakin semua ahli UMNO tidak akan terpengaruh dengan dakwaan Bekas Ahli Majlis Tertinggi itu.
"Pada saya ahli UMNO tidak akan terpengaruh sama sekali sebab dakwaan itu tidak berasas. Kewujudan SOSMA ada kaitan keselamatan negara tiada kaitan politik kepartian.
"Saya yakin sokongan kepada Perdana Menteri mendapat sokongan padu daripada ahli," ujar beliau.
Pada satu sidang media berkenaan SOSMA bersama wakil kumpulan masyarakat sivil dan organisasi bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini, Saifuddin berkata akta itu tidak seharusnya dikenakan ke atas Khairuddin.
Bekas Timbalan Menteri itu turut mendakwa SOSMA digunakan pemimpin tertinggi UMNO untuk menakut-nakutkan dan 'menutup mulut' ahlinya yang cuba menjatuhkan presiden parti.
Rahimah Abdullah
Wed Oct 07 2015
![Isu SOSMA: Kenyataan Saifuddin tidak berasas - Salleh Keruak Isu SOSMA: Kenyataan Saifuddin tidak berasas - Salleh Keruak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440701280_SallehKeruak.jpg)
SALLEH: Sosma itu diwujudkan dengan tujuan tertentu, ia tiada tujuan untuk menutup mulut orang daripada mengkritik kerajaan semata-mata. - Gambar Fail
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668448273_SaifuddinAbdullah.jpg)
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
![ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664963100_SaifuddinAbdullah.jpg)
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
![Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel' Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658844581_TBPARLIMEN.jpg)
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
![Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710412695_SaifuddinAbdullah.jpg)
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
![PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691736627_SaifuddinAbdullah.jpg)
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
![PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691736627_SaifuddinAbdullah.jpg)
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
![LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668448273_SaifuddinAbdullah.jpg)
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.
![Reformasi Pendidikan: Ini cadangan dikemukakan Perikatan Nasional Reformasi Pendidikan: Ini cadangan dikemukakan Perikatan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679214801_SesisekolahKedah.jpg)
Reformasi Pendidikan: Ini cadangan dikemukakan Perikatan Nasional
Masanya telah tiba untuk kita memperbaharui dan meningkatkan iltizam untuk memperkasa penghayatan budaya ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara yang berteraskan ilmu.
![Syed Saddiq tak menyesal mansuh PLKN Syed Saddiq tak menyesal mansuh PLKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659782595_TBSYEDSADDIQ.jpg)
Syed Saddiq tak menyesal mansuh PLKN
Beliau turut mendakwa, program berkenaan hanya digunakan sebagai alat politik dan bersifat etnosentrik.
!['Saya tiada kaitan dengan Roslizal Razali, Datuk Arshad' - Saifuddin 'Saya tiada kaitan dengan Roslizal Razali, Datuk Arshad' - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668834682_SaifuddinAbdullah.jpg)
'Saya tiada kaitan dengan Roslizal Razali, Datuk Arshad' - Saifuddin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menafikan ada kaitan dengan seorang individu bernama Roslizal Razali yang kini dalam tahanan polis.