Desakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Pas yang meminta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meletakkan jawatan selepas pengesahan penangkapan seorang pegawai dari kementeriannya yang dipercayai mendalangi sindiket penyelewengan dana mencecah RM100 juta, baru-baru ini dilihat tindakan bersifat kebudak-budakan.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, pengesahan Khairy terhadap tangkapan seorang pegawai kanan dari kementeriannya yang dipercayai mendalangi sindiket penyelewengan itu sebenarnya merupakan tindakan penuh bertanggungjawab.
"Apa relevannya menyuruh Khairy letak jawatan? Dia hendak betulkan, dia bukan lari. Ini soal pentadbiran. Dia berani ke depan, skandal ini berlaku dan dia hendak betulkan keadaan.
"Ia juga langkah ikhlas, jujur dan berani seorang menteri yang mahu melihat kementeriannya sentiasa diurus dengan baik dan tidak terpalit dengan sebarang isu negatif.
"Sebagai menteri, Khairy bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku pada kementeriannya. Masalah yang timbul adalah di peringkat pentadbiran yang tidak boleh dikenal pasti oleh peringkat atasan sama ada menteri. Apabila Khairy mula mengenal pasti, sudah tentu dia hendak memperbetulkan keadaan, jadi dia ke depan dan bertanggungjawab," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azwan mengulas mengenai kenyataan Khairy terhadap tindakan pegawai kanannya dalam perbuatan rasuah yang didakwa sudah lama berterusan sekali gus menunjukkan kakitangan kementerian itu telah menyalahguna prosedur yang tidak memerlukan kelulusan pegawai atasan termasuk Menteri atau Ketua Setiausaha.
BACA: SPRM tahan pegawai kanan kementerian terima rasuah cecah RM20 juta
Dalam pada itu tegasnya, kesediaan Khairy untuk ke depan juga langkah komitmennya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari dalang di sebalik isu berkenaan.
"Tidak ada individu di dalam kementerian itu yang terlibat dalam badan siasatan. Jadi ia dapat disiasat secara bebas dan sedalam-dalamnya.
"Khairy tidak lari dari masalah, dia berhadapan dengan penuh tanggungjawab. Apa yang paling penting prosedur tertentu kementerian dan punca isu itu diperbetulkan.
"Maksud bertanggungjawab Khairy di atas skandal itu adalah hendak membetulkan keadaan dalam konteks, pemantauan, prosedur. Sebab itu Khairy buka pintu seluasnya seluasnya kepada satu pasukan siasatan bebas akan ditubuhkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa," jelasnya.
Sebelum ini, Khairy mengumumkan sebuah pasukan siasatan bebas akan ditubuhkan bagi mengenal pasti kelemahan dalam prosedur kewangan dalaman kementeriannya.
Setiausaha Bahagian KBS ditahan oleh SPRM pada 17 Mac lalu selepas disyaki terlibat sindiket menyeleweng dana kerajaan lebih RM100 juta.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Wan Syamsul Amly
Tue Mar 22 2016

AZWAN BRO: Isu penyelewengan KBS: 'Apa relevan suruh KJ letak jawatan?' - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Seleweng RM100 juta: 'Jangan kaitkan KJ dalam isu ini' - Syed Ali
Semua pihak diminta tidak mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam isu penyelewengan dana RM100 juta di kementerian berkenaan.

Isu seleweng RM100 juta: 'Apa relevan suruh Khairy letak jawatan?' - Azwan Bro
Desakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pemuda Pas yang meminta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meletakkan jawatan dilihat tindakan kebudak-budakan.

'Khairy perlu bertanggungjawab, bagaimana dana boleh hilang dengan mudah? - Wira Perkasa
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berhujah, sepatutnya kelulusan setiap aliran keluar dan masuk wang di kementerian harus diperincikan.