Kerajaan tidak berhasrat untuk mengeruhkan konflik antara Malaysia dan Singapura, menurut Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.
Katanya, Malaysia sedang mencari jalan penyelesaian susulan isu ruang udara dan sempadan laut antara kedua-dua negara.
Tambahnya, walaupun negara tidak mahu ketegangan ini berterusan, Malaysia tidak akan beralah.
"Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Kementerian Luar telah mengatakan mereka mahu meredakan keadaan.
"Kita tidak mahu terus mengeruhkan keadaan. Kita tidak akan melawan api dengan api. Tiada manfaat jika konflik diteruskan.
"Sementara Singapura tidak mahu mengalah, Malaysia juga tidak akan beralah. Jadi, biar dua negara ini berunding," katanya pada Forum 'New Malaysia Rising: The Challenge Of Fulfilling The Dreams' di Universiti Sunway, di sini pada Selasa.
BACA: Malaysia dan Singapura seperti kembar - Tun Mahathir
Sebelum ini, Malaysia mencadangkan mesyuarat diadakan dengan Singapura untuk membincangkan isu ruang udara dan sempadan maritim yang belum selesai.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada 6 Disember membayangkan bahawa mesyuarat itu juga akan memaklumkan 'contact' yang telah dibuat antara menteri pengangkutan dari kedua-dua negara untuk menyelesaikan isu Sistem Pendaratan Instrumen (ILS).
BACA: Siaran ILS tanpa izin, Malaysia hantar nota bantahan kepada Singapura
BACA: Pelabur tidak perlu bimbang mengenai ketegangan antara Malaysia-Singapura
Isu-isu itu dibangkitkan selepas Singapura menyiarkan tatacara ILS dan ILS Aeronautical Information Publication (AIP) pada 1 Disember dengan persetujuan Malaysia.
Republik itu juga mendakwa bahawa Malaysia baru-baru ini dikatakan mengambil langkah untuk memperluaskan had pelabuhan Johor Bharu melalui cara menceroboh Perairan Wilayah Singapura sekitar Tuas.
BACA: Singapura tolak cadangan Malaysia untuk hentikan penghantaran aset
BACA: Malaysia-Singapura dicadang henti hantar aset ke kawasan dipertikaikan
Kenyataan itu juga menegaskan bahawa hab pelabuhan Johor Bharu yang baru berada dalam lingkungan perairan Malaysia.
Arfa Yunus
Tue Dec 11 2018
![Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia tak akan beralah dengan Singapura - Liew Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia tak akan beralah dengan Singapura - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542705259_TBLIEWCHINTONG.jpg)
LIEW: Kita tidak mahu terus mengeruhkan keadaan. - Gambar fail
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
Astro ketengah elemen 'Heart to Heart' untuk Malaysia
Kempen Inilah KITA yang dilancarkan Astro sejak minggu lalu meraikan semangat kebersamaan serta makna sebagai rakyat Malaysia di bawah cerminan negara yang berbilang kaum dan majmuk sama seperti yang ada di Sabah dan Sarawak. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Holdings Berhad, Euan Smith, kebersatuan itu diraikan menerusi bakat penceritaan kakitangan Astro yang dinamik dan menyentuh hati.
Bahasa etnik medium hebahan Bulan Kebangsaan di Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Supian Musa berkata inisiatif itu bukan hanya bertujuan menyemarakkan sambutan, tetapi lebih utama mahu memastikan mesej disampaikan dalam bahasa mudah difahami supaya dapat dihayati semua lapisan masyarakat.
SUKMA 2024: Premier umum insentif untuk pemenang pingat Sarawak pada Jumaat
NIlai insentif yang menanti atlet Sarawak yang meraih pingat dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dijangka diumum Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
![Menteri Pengangkutan Malaysia-Singapura bertemu pada 24 Jan Menteri Pengangkutan Malaysia-Singapura bertemu pada 24 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61540902344_AZMINALI.jpg)
Menteri Pengangkutan Malaysia-Singapura bertemu pada 24 Jan
Selain isu berkaitan ruang udara di Pasir Gudang, turut dibincangkan ialah ruang dan peluang untuk Firefly mendapatkan lebih slot penerbangan melalui Lapangan Terbang Seletar.
![Malaysia-Singapura setuju gantung pelaksanaan RA dan ILS Malaysia-Singapura setuju gantung pelaksanaan RA dan ILS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71532504677_SaifuddinAbdullah.jpg)
Malaysia-Singapura setuju gantung pelaksanaan RA dan ILS
Kedua-dua pihak akan menggantung serta-merta pelaksanaan tersebut selama sebulan.
![TPM Singapura berada di Putrajaya sampaikan perutusan PM Lee kepada Tun M TPM Singapura berada di Putrajaya sampaikan perutusan PM Lee kepada Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528735511_TunMahathir.jpg)
TPM Singapura berada di Putrajaya sampaikan perutusan PM Lee kepada Tun M
Teo yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara berada di Putrajaya bersama Menteri Kewangan Heng Swee Keat, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu.
![ILS perlu dibincang di meja rundingan - Anthony Loke ILS perlu dibincang di meja rundingan - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536252780_menteroanthonyloke.jpg)
ILS perlu dibincang di meja rundingan - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan balas negara jiran itu, sebaliknya mahu ia diselesaikan secara rundingan.
![Kata Singapura ILS tidak timbulkan risiko keselamatan di Pelabuhan Pasir Gudang Kata Singapura ILS tidak timbulkan risiko keselamatan di Pelabuhan Pasir Gudang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544625740_KhawBoonWan.jpg)
Kata Singapura ILS tidak timbulkan risiko keselamatan di Pelabuhan Pasir Gudang
Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan menegaskan bahawa rancangan Singapura untuk memperkenalkan sistem ILS untuk Lapangan Terbang Seletar tidak akan menimbulkan sebarang risiko keselamatan.
![Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia tak akan beralah dengan Singapura - Liew Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia tak akan beralah dengan Singapura - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542705259_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia tak akan beralah dengan Singapura - Liew
Malaysia sedang mencari jalan penyelesaian susulan isu ruang udara dan sempadan laut antara kedua-dua negara.
![Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia cadang mesyuarat dengan Singapura Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia cadang mesyuarat dengan Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539763740_CAUSEWAY.jpg)
Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia cadang mesyuarat dengan Singapura
Malaysia mencadangkan mesyuarat diadakan dengan Singapura untuk membincangkan isu ruang udara dan sempadan maritim yang belum selesai.
![Siaran ILS tanpa izin, Malaysia hantar nota bantahan kepada Singapura Siaran ILS tanpa izin, Malaysia hantar nota bantahan kepada Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542024018_anthonylokeRED.jpg)
Siaran ILS tanpa izin, Malaysia hantar nota bantahan kepada Singapura
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, penyiaran itu bertentangan dengan prinsip hak kedaulatan negara yang diperuntukkan di bawah Convention on International Civil Aviation.