Malaysia mencadangkan mesyuarat diadakan dengan Singapura untuk membincangkan isu ruang udara dan sempadan maritim yang belum selesai.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu membayangkan bahawa mesyuarat itu juga akan memaklumkan 'contact' yang telah dibuat antara menteri pengangkutan dari kedua-dua negara untuk menyelesaikan isu Sistem Pendaratan Instrumen (ILS).
"Kerajaan Malaysia pada Rabu berkomunikasi dengan Kerajaan Singapura mengenai dua nota bantahan melalui Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia. Nota pertama berhubung penyiaran tatacara ILS dan Prosedur Merapati ILS untuk Lapangan Terbang Seletar pada 1 Dis, 2018.
"Nota kedua, berkaitan isu penentuan sempadan maritim antara Malaysia dan Singapura, termasuk had pelabuhan Johor Bahru yang baharu dan insiden baru-baru ini berhubung dengannya," menurut kenyataan itu.
Isu-isu itu dibangkitkan selepas Singapura menyiarkan tatacara ILS dan ILS Aeronautical Information Publication (AIP) pada 1 Disember dengan persetujuan Malaysia.
Republik itu juga mendakwa bahawa Malaysia baru-baru ini dikatakan mengambil langkah untuk memperluaskan had pelabuhan Johor Bharu melalui cara menceroboh Perairan Wilayah Singapura sekitar Tuas.
Kenyataan itu juga menegaskan bahawa had pelabuhan Johor Bharu yang baru berada dalam lingkungan perairan Malaysia.
Ia memang wajar dalam konteks hak Kerajaan Malaysia untuk menggariskan sebarang had pelabuhan dalam lingkungan perairan wilayahnya mengikut undang-undang negara Malaysia sendiri. Oleh itu, Kerajaan Malaysia menyangkal pandangan bahawa kapal-kapal kerajaan Malaysia telah menceroboh perairan wilayah Singapura di Tuas, kata Wisma Putra
Malaysia yakin bahawa kedua-dua negara mengakui dan menghargai hubungan dua hala yang baik dan kukuh kerana sentimen tersebut dizahirkan pada kali terakhir oleh Perdana Menteri kedua-dua negara semasa lawatan rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad ke Singapura pada November lalu.
"Atas sebab ini, adalah penting untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh meningkatkan dan memarakkan ketegangan," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 05 2018

Republik itu juga mendakwa bahawa Malaysia baru-baru ini dikatakan mengambil langkah untuk memperluaskan had pelabuhan Johor Bahru melalui cara menceroboh Perairan Wilayah Singapura. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Menteri Pengangkutan Malaysia-Singapura bertemu pada 24 Jan
Selain isu berkaitan ruang udara di Pasir Gudang, turut dibincangkan ialah ruang dan peluang untuk Firefly mendapatkan lebih slot penerbangan melalui Lapangan Terbang Seletar.

Malaysia-Singapura setuju gantung pelaksanaan RA dan ILS
Kedua-dua pihak akan menggantung serta-merta pelaksanaan tersebut selama sebulan.

TPM Singapura berada di Putrajaya sampaikan perutusan PM Lee kepada Tun M
Teo yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara berada di Putrajaya bersama Menteri Kewangan Heng Swee Keat, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu.

ILS perlu dibincang di meja rundingan - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan balas negara jiran itu, sebaliknya mahu ia diselesaikan secara rundingan.

Kata Singapura ILS tidak timbulkan risiko keselamatan di Pelabuhan Pasir Gudang
Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan menegaskan bahawa rancangan Singapura untuk memperkenalkan sistem ILS untuk Lapangan Terbang Seletar tidak akan menimbulkan sebarang risiko keselamatan.

Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia tak akan beralah dengan Singapura - Liew
Malaysia sedang mencari jalan penyelesaian susulan isu ruang udara dan sempadan laut antara kedua-dua negara.

Isu ruang udara, sempadan laut: Malaysia cadang mesyuarat dengan Singapura
Malaysia mencadangkan mesyuarat diadakan dengan Singapura untuk membincangkan isu ruang udara dan sempadan maritim yang belum selesai.

Siaran ILS tanpa izin, Malaysia hantar nota bantahan kepada Singapura
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, penyiaran itu bertentangan dengan prinsip hak kedaulatan negara yang diperuntukkan di bawah Convention on International Civil Aviation.