Malaysia dan Singapura bersetuju menggantung secara serentak pelaksanaan Kawasan Larangan (RA) oleh Malaysia dan pelaksanaan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) oleh Singapura untuk Lapangan Terbang Seletar.
Kedua-dua pihak akan menggantung serta-merta pelaksanaan tersebut selama sebulan, demikian menurut kenyataan bersama selepas mesyuarat dua hala antara Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di sini.
Kenyataan itu menyebut kedua-dua pihak turut bersetuju pada masa ini, Menteri Pengangkutan dari kedua-dua negara itu perlu bertemu segera untuk perbincangan mengenai RA dan tatacara ILS untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan penerbangan awam, lapor Bernama.
Sementara itu, berkaitan isu martim membabitkan had pelabuhan Johor Bahru dan Singapura, kedua-dua negara bersetuju menubuhkan sebuah kumpulan kerja diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, Chee Wee Kiong dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.
Menurut kenyataan itu, kumpulan kerja itu akan mengkaji dan membincangkan isu perundangan dan operasi untuk meredakan keadaan di lapangan dan menyediakan asas untuk perbincangan dan rundingan lanjut.
Ia menyebut kumpulan kerja itu akan melaporkan kepada kedua-dua Menteri Luar itu dalam tempoh dua bulan.
Astro Awani
Tue Jan 08 2019

Malaysia dan Singapura bersetuju menggantung secara serentak pelaksanaan RA dan ILS.

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

AR FEST KL: Hidupkan suasana kota raya Kuala Lumpur menerusi Teknologi Maya Terimbuh
10 lokasi di pusat bandar raya Kuala Lumpur akan dihiasi dengan lapisan interaktif yang berwarna-warni menerusi teknologi AR.

Kurma pertama dengan fungsi AR
Pelancaran KURMA. merupakan satu pencapaian digital yang penting bagi syarikat ini kerana ia seiring dengan seruan kerajaan bagi golongan belia menerajui usaha digitilasasi di Malaysia.

Keindahan manuskrip al-Quran Terengganu dihayati dalam bentuk digital
Universiti Malaysia Terengganu mengambil inisiatif mendigitalkan enam manuskrip al-Quran Terengganu yang disimpan oleh Muzium Negeri Terengganu, menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR).

Sotong hasil lakaran Tun Mahathir diabadikan di teamLab Future Park
TeamLab Future Park turut menyajikan hiburan dan pendidikan kepada kanak-kanak melalui orkestra cahaya, Sketch Town Papercraft yang menggunakan teknologi AR.

Malaysia-Singapura setuju gantung pelaksanaan RA dan ILS
Kedua-dua pihak akan menggantung serta-merta pelaksanaan tersebut selama sebulan.

Kalau bosan tangkap Pokemon, kita buru dinosaur pula
Anda bukan lagi akan memburu makhluk comel tetapi haiwan prasejarah yang bersaiz besar dan bertaring.