Masalah penduduk PPR Taman Manggis yang diusir dari kediaman seharusnya dapat diselesaikan lebih awal dan penduduk tidak perlu berkampung dan tidur di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, kejadian penduduk dihalau oleh kerajaan negeri dari rumah mereka sendiri tidak pernah berlaku sebelum ini.
Situasi itu tidak sepatutnya terjadi, katanya sambil menambah, penduduk sepatutnya mendapat pembelaan daripada kerajaan negeri, tetapi sebaliknya, mereka pula dihalau oleh kerajaan negeri.
"Sepatutnya kerajaan negeri sudah selesaikan. Sudah tiga hari berlalu, tak boleh selesai perkara ini. Masalah yang kecil macam ini pun tak boleh selesai.
"Tak munasabah langsung. Tak masuk akal. Dah jadi macam pelarian, apa kerajan negeri ada buat pada hari ini? Sedih saya tengok. Ini satu peristiwa yang tak pernah berlaku di Pulau Pinang ini," katanya.
BACA: Isu pengusiran penduduk PPR akan selesai cara baik secepat mungkin - Wakil PM
Justeru, beliau berharap akan ada penyelesaian terbaik bagi penduduk terbabit.
Beliau juga meminta Kerajaan Negeri agar mendengar saranan yang dibuat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin supaya satu pertemuan diadakan bagi merungkai masalah.
Beliau berkata demikian selepas menyertai solat hajat bersama penduduk, ahli-ahli Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di perkarangan Komtar yang diimamkan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Fauzi Yusof.
Sejak Rabu hingga Jumaat lalu, enam daripada 22 buah keluarga yang terlibat dalam pengusiran di PPR Taman Manggis oleh kerajaan negeri masih tinggal di perkarangan Komtar.
BACA: Isu Taman Manggis: Penduduk dibenar kembali ke PPR hingga Ahad
Dalam pada itu, Mohd Fauzi berkata, Pas mengambil perhatian serius berhubung tindakan yang diambil kerajaan negeri dalam isu PPR Taman Manggis dan pengusiran penduduk di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Butterworth.
Tambah beliau, kerajaan negeri dalam kedua-dua kes itu mengambil tindakan yang disifatkan menjurus kepada kezaliman apabila menggunakan kekerasan serta tanpa belas kasihan.
Ujarnya, kerajaan negeri sepatutnya turut mengambil kira situasi yang dihadapi penduduk terlibat apatah lagi kebanyakan mereka adalah penduduk miskin yang memerlukan bantuan.
"Dulu kita lihat cara pengusiran ini dilakukan syarikat pemaju, tetapi hari ini apabila kerajaan yang usir, dia nak mengadu kepada siapa? Sepatutnya, kerajaan ialah tempat rakyat (mengadu).
"Ini tindakan yang memalukan. Beri peluang kedua kepada mereka untuk kembali ke rumah mereka," kata Mohd Fauzi.
BACA: Perhimpunan bantah pengosongan PPR Taman Manggis bertukar kecoh
Beliau mendakwa, isu pengusiran penduduk PPR Taman Manggis juga mencerminkan kegagalan kerajaan negeri menyediakan rumah mampu milik sejak mentadbir negeri ini 10 tahun lalu
Sebanyak enam keluarga membabitkan hampir 40 isi rumah diusir dari unit kediaman masing-masing di PPR Taman Manggis, dan terpaksa berteduh di KOMTAR, sejak jam 12 tengah malam Khamis.
Mereka mendakwa tiada tempat tinggal dan terpaksa menjadikan perkarangan Komtar sebagai tempat tinggal sementara selepas kediaman mereka dikunci pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Astro Awani
Sat Mar 09 2019
![Isu PPR Taman Manggis sepatutnya selesai lebih awal - Musa Isu PPR Taman Manggis sepatutnya selesai lebih awal - Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81552042888_PulauPinangTaman.jpg)
Penduduk PPR terbabit mendakwa tiada tempat tinggal dan terpaksa menjadikan perkarangan Komtar sebagai tempat tinggal sementara selepas kediaman mereka dikunci pihak MBPP. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738229504_ZahidHamidi.jpg)
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara, sekolah aliran itu tidak akan terkecuali daripada diberi perhatian oleh kerajaan.
![Perlis bakal jadi tuan rumah Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2025 Perlis bakal jadi tuan rumah Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737105020_AngkatBerat.jpg)
Perlis bakal jadi tuan rumah Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan 2025
Penganjuran itu telah dimasukkan dalam takwim kejohanan, dan kini sedang menunggu perbincangan lanjut pada peringkat Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
![Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735562573_TBJOHARITUN.jpg)
Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.
![Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734258824_TBFadillah.jpg)
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
![2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah 2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732350886_tbMADANIGovernment.jpg)
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
![Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731150910_TBSaaraniMohamad.jpg)
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
![Negeri miliki tanah sesuai boleh tawar kepada KPKT untuk pembangunan PRR Negeri miliki tanah sesuai boleh tawar kepada KPKT untuk pembangunan PRR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689516640_PPRSungaiBonus.jpg)
Negeri miliki tanah sesuai boleh tawar kepada KPKT untuk pembangunan PRR
Kerajaan negeri yang mempunyai tanah di lokasi strategik dan sesuai bagi pembangunan perumahan PRR boleh menawarkannya kepada KPKT.
![KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726003503_HannahYeoh.jpg)
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022 Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721828226_TBTiongKingSing.jpg)
Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022
Bagi separuh pertama 2020, kutipan itu berjumlah RM37.90 juta dengan agihan sebanyak RM18.95 juta kepada Kerajaan Negeri.