Majlis Perundingan Muhibbah Pulau Pinang berharap kerajaan pusat memberi perhatian terhadap kebimbangan Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang cenderung membawa isu perkauman yang tebal sehingga menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.
"Kenyataan Majlis Raja-Raja merupakan satu kenyataan yang kita menjunjung tinggi dan kita sokong kerana kebelakangan ini masih ada puak-puak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mewujudkan suasana perkauman yang tebal kerana mereka ini ghairah berpolitik.
"Merela tidak mengambil kira asas kita mencapai kemerdekaan negara oleh pemimpin terdahulu menerusi kerjasama, kesepakatan dan perpaduan yang cukup kukuh. Kita berharap dengan adanya kenyataan rasmi oleh Majlis Raja-Raja ini kerajaan akan mengambil tindakan untuk membasmi perkauman yang tebal dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Semalam, Majlis Raja-Raja Melayu dalam kenyataan berkata Raja-raja Melayu memandang berat isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.
Menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad itu rakyat wajib memahami dan menghormati prinsip-prinsip utama yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara yang digubal berasaskan persefahaman bahawa negara ini adalah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.
Sehubungan itu, Mohd Yussof berkata pihaknya mencadangkan kerajaan mewujudkan semula Hari Perpaduan Negara, yang sebelum ini hanya disambut pada tahun 1971 dan 1972, dengan mengisytiharkan 8 Feb sebagai sambutan hari tersebut sebagai usaha menyemai semangat setiakawan, perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.
Beliau berkata pemilihan tarikh itu adalah kerana pada tarikh tersebut negara telah menandatangani perjanjian kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu di London pada tahun 1956 selain ia merupakan tarikh ulang tahun kelahiran bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
"Pelbagai aktiviti boleh dijalankan pada sambutan Hari Perpaduan Negara ini seperti perarakan, seminar dan program-program yang dapat memupuk semangat patriotisme terutamanya dalam kalangan generasi muda," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung cadangan sambutan Hari Perpaduan Negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017
![Isu perpaduan: Kebimbangan Majlis Raja-Raja Melayu perlu diberi perhatian serius Isu perpaduan: Kebimbangan Majlis Raja-Raja Melayu perlu diberi perhatian serius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437175619_ORANGRAMAI.jpg)
Keghairahan berpolitik tidak seharusnya meminggirkan nilai perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum. - Gambar hiasan
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711791751_FadillahYusof.jpg)
Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah
Rakyat Malaysia diseru memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi perkara membawa kebaikan dan bukan kepada isu perkauman.
![Vinicius Junior menangis jawab isu penderaan perkauman Vinicius Junior menangis jawab isu penderaan perkauman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711436279_TBViniciusjpg.jpg)
Vinicius Junior menangis jawab isu penderaan perkauman
Penyerang sensasi Real Madrid, Vinicius Junior, menangis dalam sidang media selepas ditanya mengenai isu perkauman yang melibatkan dirinya.
![Google matikan ciri jana imej manusia pada Gemini Google matikan ciri jana imej manusia pada Gemini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707104959_gemini.jpg)
Google matikan ciri jana imej manusia pada Gemini
Antara isu yang diutarakan ialah imej yang dijana tidak menepati sejarah dan didakwa menyentuh isu perkauman.
!['Sekejap-sekejap disoal polis, macam saya ini penjenayah' - Dr Mahathir 'Sekejap-sekejap disoal polis, macam saya ini penjenayah' - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706001601_TBTunMahathir.jpg)
'Sekejap-sekejap disoal polis, macam saya ini penjenayah' - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau diperlakukan seperti penjenayah selepas 10 kali disoal siasat polis sejak beberapa tahun lepas.
![AMK buat laporan polis terhadap Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan AMK buat laporan polis terhadap Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681898880_AshariAbuSamah.jpg)
AMK buat laporan polis terhadap Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Azhar Yahya kerana mengeluarkan kenyataan berunsur 3R.
![Jangan bangkit isu meruntuhkan perpaduan - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Jangan bangkit isu meruntuhkan perpaduan - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689752849_TBABDULMONIR.jpg)
Jangan bangkit isu meruntuhkan perpaduan - Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Isu perkauman contohnya harus dielak daripada dijadikan bahan politik kerana perkara kepentingan kaum telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
![Mufti Pulau Pinang khuatir ada pihak ambil kesempatan isu azan Mufti Pulau Pinang khuatir ada pihak ambil kesempatan isu azan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688274433_TBWanSalimWanMohdNo.jpg)
Mufti Pulau Pinang khuatir ada pihak ambil kesempatan isu azan
Semua pihak dinasihatkan supaya tidak mudah terperangkap dengan sentimen agama dan perkauman sehingga mengeruhkan keharmonian dalam hubungan sesama masyarakat berbilang kaum di negara ini.
![Lebih 270 penunjuk perasaan ditahan di Perancis Lebih 270 penunjuk perasaan ditahan di Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688191222_France.jpg)
Lebih 270 penunjuk perasaan ditahan di Perancis
Lebih 270 orang telah ditahan semasa rusuhan di Perancis pada Jumaat, kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.
![Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685205287_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
![Roslizal Razali telah ditahan - PDRM Roslizal Razali telah ditahan - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681343793_roslizal.jpg)
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.