SEREMBAN: Hanya segelintir daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam yang enggan menerima vaksin COVID-19 dan perkara ini tidak harus menjejaskan fokus kerajaan dalam usaha pembangunan negara.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata penjawat awam yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 mengikut jabatan adalah terlalu kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan penjawat awam yang ada ketika ini.
"Tumpuan utama JPA adalah ke arah pembangunan negara, melaksanakan Belanjawan 2022 serta Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dengan baik dan lancar.
"Bajet telah dibentangkan, peruntukan juga disediakan, penjawat awam perlu bersedia untuk melaksanakan projek, bantuan serta dasar kerajaan supaya ekonomi kembali pulih. Perkhidmatan awam memainkan peranan besar dalam pembangunan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau demikian selepas Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Pengurus Sumber Manusia Negeri Sembilan di Wisma Negeri.
Mohd Khairul Adib berkata pihaknya telah mengarahkan ketua jabatan masing-masing agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap penjawat awam yang enggan divaksin berdasarkan pekeliling dan garis panduan yang ditetapkan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan akan melihat secara holistik cadangan Bank Dunia dalam meningkatkan had usia persaraan 60 tahun penjawat awam di negara ini.
"Memang ada cadangan (meningkatkan had umur persaraan) daripada Bank Dunia secara berperingkat iaitu tahun demi tahun memandangkan tahap kesihatan rakyat dan fasiliti kesihatan bertambah baik dan canggih.
"Ramai yang masih boleh berkhidmat selepas berusia 60 tahun, jadi Bank Dunia mencadangkan supaya kita melihat semula, tapi ini terpulang kerana setiap tahun ada sekitar 500,000 siswazah keluar daripada institusi pengajian, perkara ini perlu diimbangi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021

Mohd Khairul berkata penjawat awam yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 mengikut jabatan adalah terlalu kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan penjawat awam yang ada ketika ini. - Gambar fail

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Isu penjawat awam enggan divaksin, tidak harus jejaskan fokus kerajaan bangunkan negara - KPPA
Hanya segelintir daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam yang enggan menerima vaksin COVID-19 dan perkara ini tidak harus menjejaskan fokus kerajaan dalam usaha pembangunan negara.

JPA belum ambil tindakan penjawat awam enggan vaksin
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum mengambil tindakan kepada penjawat awam yang belum mengambil vaksin.