KUALA LUMPUR: Polis Diraja Melaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Raub, Pahang bagi menjaga ketenteraman awam di daerah berkenaan berikut kekecohan membabitkan pekebun durian dan anggota penguat kuasa, semalam.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan agar menggunakan saluran undang-undang yang betul jika terdapat sebarang bantahan terhadap tindakan pihak berkuasa.
Beliau berkata isu mengenai pencerobohan oleh pekebun durian itu adalah di bawah bidang kuasa dan urusan Pejabat Tanah Daerah Raub dan Jabatan Perhutanan Pahang.
"Pihak PGA di sana (Raub) adalah bagi memastikan keselamatan mereka terjaga semasa menjalankan tugas dan PDRM tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mengganggu-gugat pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Flat Sri Sabah, Cheras yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 3 Julai hingga 16 Julai depan di sini.
Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.
Mengulas mengenai tindakan beberapa ahli politik yang merentas negeri dan daerah bagi memberikan sokongan terhadap 18 pekebun durian yang ditahan selepas menggangu tugas anggota penguat kuasa, Acryl Sani berkata polis telah membuka kertas siasatan mengenai perkara itu.
Beliau berkata, tindakan sewajarnya akan dikenakan jika terbukti berlaku pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara.
Semalam, Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu, Ahli Parlimen Bentong Wong Teck dan Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilihat hadir ke Mahkamah Raub bagi menyatakan sokongan mereka terhadap 18 pekebun durian yang direman itu.
Penahanan reman terhadap pekebun itu dibuat bagi membolehkan siasatan Jabatan Perhutanan Pahang berhubung dakwaan meneroka Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub untuk menanam Musang King.
Mengenai pelaksanaan PKPD beberapa daerah dan lokaliti di seluruh negara, Acryl Sani berkata pihaknnya akan membawa sebarang isu berkaitan kesejahteraan penduduk terbabit ke sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan setiap minggu.
Beliau berkata, PDRM akan sedaya-upaya berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan terlibat dengan PKPD.
"Saya mengharapkan agar penduduk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM agar rangkaian jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan dapat diputuskan," katanya.
Bernama
Tue Jul 06 2021

ACRYL SANI: PDRM akan sedaya-upaya berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan terlibat dengan PKPD. - Bernama

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.

Rasa seperti Black Thorn, durian MDUR88 dijenama semula kepada MS88 - Mohamad Sabu
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.

Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen
Durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.

Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Petani Indochina kerja keras manfaatkan permintaan pasaran durian China
Durian telah menjadi produk eksport utama dalam ekonomi Indochina -- Kemboja, Laos dan Vietnam.

Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.

Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.

Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.

Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.

Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Penanaman durian bermutu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.