Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan bayangan bahawa individu-individu yang terlibat dengan siasatan kes penjualan hartanah, Dudley International House di Melbourne, Australia oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) kini berada dalam 'keadaan yang berbahaya'.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata individu-individu yang telah disiasat dan dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes tersebut akan didakwa tidak lama lagi.
“Mereka yang makan cili, dia yang terasa pedas.
“Mereka yang telah disiasat, mereka dalam keadaan in hot soup (situasi cacing kepanasan) sekarang.
“Mereka lebih tahu. Sesiapa yang telah disiasat dan dipanggil SPRM, mereka tahu,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana beliau perlu menghormati Jabatan Peguam Negara dalam mengendalikan kes berkenaan.
“Saya perlu menghormati Jabatan Peguam Negara berhubung siapa yang akan didakwa mereka tetapi Insya-Allah, saya berharap Peguam Negara akan bersetuju untuk mendakwa sesiapa yang terlibat dalam kes tersebut,” katanya.
BACA: Pembelian Hartanah: Pengerusi dan CEO MARA Inc direhatkan
BACA: Pangsapuri Melbourne: 2 pegawai kanan Mara Inc, pengarah syarikat direman 7 hari
Pada 2015, akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tertinggi Majlis Amanah Rakyat (Mara), seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah itu.
The Age mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ terlebih bayar sebanyak AUS$4.75 juta (RM14.37 juta) bagi blok apartmen di bandar raya tersebut pada 2013.
Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Pengerusi Mara pada ketika itu, dilaporkan berkata, agensi berkenaan memperoleh bangunan lima tingkat Dudley International House seluas 30,279 kaki persegi selepas Mac 2013.
Ia menempatkan 112 bilik termasuk asrama pelajar untuk kegunaan pelajar Malaysia tajaannya apabila melanjutkan pelajaran di Australia.
Isabelle Leong
Thu Sep 17 2020
Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli Mara, iaitu agensi yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara. - Foto: maraweb.net
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Isu Mara Inc: Individu yang sudah disiasat kini 'in hot soup' - Azam Baki
-Mereka yang makan cili, dia yang terasa pedas" kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.
Jangan lengahkan siasatan MARA dengan birokrasi - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa mahu siasatan audit berhubung skandal pembelian hartanah di luar negara oleh sebuah anak syarikat MARA, Mara Inc dilakukan segera tanpa birokrasi.
'Keep the change' memang budaya kita' - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pembelian Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) yang membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli pangsapuri di Melbourne, Australia.
SPRM teliti laporan dakwa pegawai MARA terlibat penipuan di Melbourne
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan meneliti laporan berita luar negara yang mendakwa pegawai kanan MARA terlibat dalam penipuan pembelian hartanah di Melbourne.