KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak saman Datuk Seri Edmund Santhara Kumar terhadap Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah berhubung lawatan bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu ke New Zealand ketika pandemik COVID-19, tiga tahun lepas.
Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati kenyataan Prabakaran adalah komen yang wajar kerana beliau selaku wakil rakyat mempunyai amanah untuk menyuarakan isu awam.
Beliau berkata Prabakaran mempertikai tindakan Santhara bercuti selama 55 hari ke New Zealand semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemik COVID-19.
"Pada hemat mahkamah, isu ada sekatan pergerakan dan seorang Timbalan Menteri dapat bercuti adalah isu awam. Defendan mempertikai perbuatan plaintif bukan kerana plaintif adalah Datuk Seri Santhara Kumar tetapi kerana plaintif adalah seorang Timbalan Menteri ketika itu.
"Apatah lagi pada masa itu, Parlimen digantung kerana ada darurat. Justeru, mahkamah mendapati tuntutan fitnah plaintif tidak boleh dipertahan. Oleh itu, saman plaintif ditolak dengan kos RM18,000," katanya ketika menyampaikan keputusan kes itu pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian.
Santhara memfailkan saman itu pada 23 Jun 2021 terhadap Prabakaran yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah berhubung lawatan beliau ke New Zealand pada 2020.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa defendan telah mengadakan sidang media di luar Suruhanjaya Tinggi New Zealand pada 17 Mac 2021 antara 9.30 pagi dan 2 petang dengan mengeluarkan maklumat tidak benar serta palsu mengenai tanggungjawab beliau sebagai Timbalan Menteri.
Santhara mendakwa Prabakaran atau wakilnya telah menghantar satu memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi New Zealand yang mengkritik kelulusan dan kebenaran diberikan kepadanya untuk melawat New Zealand dan defendan juga menghubungi pegawai kedutaan untuk mengetahui informasi serta permohonan beliau untuk memasuki negara itu.
Prabakaran, melalui pernyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Sept 2021, mendakwa kenyataan beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk mencemarkan imej atau reputasi Santhara, yang diwakili peguam N.Krishnan Nair.
Sementara itu, Prabakaran, yang diwakili peguam Dinesh Muthal, menzahirkan rasa syukur kerana saman fitnah tersebut ditolak oleh makamah.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada barisan peguam bela, barisan saksi terutama Datuk Seri Najib Tun Razak, Senator Isaiah D. Jacob dan individu yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak dalam kes ini," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati kenyataan Prabakaran adalah komen yang wajar kerana beliau selaku wakil rakyat mempunyai amanah untuk menyuarakan isu awam. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Santhara tidak sepatutnya pergi ke NZ ketika pandemik - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa lawatan 55 hari ke New Zealand oleh bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar.

Dua lagi Ahli Parlimen sah sertai PBM
Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar kini sah bersama Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Tourism malaysia lipat ganda usaha pikat pelancong India
Ketibaan pelancong dari India ke Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tempoh empat bulan.