KUALA LUMPUR: Strategi menangani kos sara hidup terlalu tertumpu kepada soal harga barang, sedangkan isu pokok yang perlu diberi perhatian ialah soal kemampuan pengguna membeli barangan keperluan.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inkslusif UKM (Minda-UKM), Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali, berkata tumpuan perlu diberikan bukan semata-mata kepada angka inflasi, sebaliknya kepada komponen inflasi yang memberi kesan langsung kepada kos hidup rakyat.
BACA: Inflasi keseluruhan, teras diunjur berpurata 2.8-3.8 peratus pada 2023 - BNM
“Ada laporan baru-baru ini yang menyatakan bahawa inflasi makanan atau food-inflation meningkat. Ini melibat kadar kenaikan harga makanan dan barangan terlibat.
“Inflasi makanan dan makan di luar rumah meningkat. Makan di luar rumah 8.9 peratus, bererti ini tahap yang tinggi. Makanan 7 peratus juga tahap tinggi,” katanya dalam program Agenda AWANI.
Noor Azlan berkata orang ramai perlu jelas bahawa kadar inflasi yang diumumkan menurun dari bulan ke bulan tidak semestinya memberi kesan langsung kepada perbelanjaan harian isi rumah.
“Kadar inflasi memberi satu gambaran harga di peringkat makro seluruh negara. Tetapi bila kita cakap tentang kos sara hidup, kita bercakap tentang diri setiap orang. Dua perkara ini perlu dibezakan.
BACA: Kadar inflasi 2023 boleh capai unjuran 3.1 peratus - Rafizi
“Kita selalu dengar pendapatan perkapita Malaysia hampir mencecah tahap pendapatan tinggi. Kita ingat semua orang tinggi, sedangkan sebenarnya itu adalah angka purata.
"Banyak lagi yang mempunyai pendapatan yang rendah. Jadi kita perlu berhati-hati, tidak salah tapi berhati-hati,” jelasnya.
Dalam usaha menangani kos sara hidup, Noor Azlan menggesa kerajaan untuk memantau kadar pendapatan rakyat, bukan semata-mata mengawal harga barangan sahaja.
Irfan Faruqi
Tue Apr 04 2023
Noor Azlan berkata orang ramai perlu jelas bahawa kadar inflasi yang diumumkan menurun dari bulan ke bulan tidak semestinya memberi kesan langsung kepada perbelanjaan harian isi rumah. - Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.