PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempersembahkan hasil libat urus bersama pihak berkepentingan berhubung isu isu penggunaan kalimah 'Allah' kepada Majlis Raja-Raja pada hujung bulan ini, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata input dan pandangan berkenaan akan mencorakkan Arahan Pentadbiran yang baharu mengenai penggunaan kalimah Allah dan ia perlu dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja kerana raja-raja adalah autoriti tertinggi agama dalam negara.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja dijadual bersidang pada 25 hingga 28 Okt ini.
" Apa-apa input termasuk pandangan tambahan dan sebagainya yang diputuskan pada mesyuarat itu akan dibawa semula ke KDN untuk diteliti sebagai panduan kepada kami untuk merangka suatu Arahan Pentadbiran yang baharu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus KDN Bersama Badan Pengurusan Keharmonian Agama, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Menurutnya, lima sesi libat urus itu membabitkan cendekiawan Islam dan asatizah; ahli akademik, sosiologi dan keselamatan awam; aktivis dalam bidang perundangan sivil dan syariah; badan pengurusan syariah Malaysia; dan badan pengurusan keharmonian agama.
Saifuddin berkata sesi libat urus itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman wanita beragama Kristian, Jill Ireland, yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.
"Agendanya (libat urus) ialah bagi membantu ke arah mewujudkan satu arahan pentadbiran yang baharu ekoran daripada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland, yang menjadikan Arahan Pentadbiran sebelum ini sebagai tidak boleh lagi diguna pakai," katanya.
Menurutnya, pada sesi libat urus hari ini, peserta menyuarakan agar kerajaan mengusahakan untuk menyelesaikan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah itu 'once and for all' supaya tidak lagi membuka ruang kepada sebarang elemen atau anasir yang boleh menyebabkan ketidak tenteraman ataupun ketidak selesaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 5 Jun llalu menzahirkan kegusaran berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" yang dikhuatiri menjadi polemik berlarutan dan boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara jika tidak diselesaikan segera.
Al-Sultan Abdullah bertitah agar kerajaan mengharmonikan situasi semasa dan pada masa yang sama meletakkan penggunaan kalimah Allah pada konteks yang betul dengan mengambil kira keselamatan negara kemaslahatan ummah dan kedudukan Baginda serta Raja-Raja Melayu yang lain sebagai ketua agama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Saifuddin berkata input dan pandangan berkenaan akan mencorakkan Arahan Pentadbiran yang baharu mengenai penggunaan kalimah Allah. - Gambar fail/Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Malaysia alu-alukan Deklarasi Beijing mengenai perpaduan nasional Palestin
Deklarasi Beijing adalah pencapaian besar bagi Palestin dalam mewujudkan perpaduan dan perdamaian nasionalnya.

Isu kalimah Allah dipersembah ke Majlis Raja-Raja akhir bulan ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempersembahkan hasil libat urus bersama pihak berkepentingan berhubung isu isu penggunaan kalimah 'Allah' kepada Majlis Raja-Raja pada hujung bulan ini.

Kalimah Allah: Agong zahir kegusaran, titah kerajaan harmonikan keadaan
Polemik penggunaan kalimah Allah bukan perdebatan berhubung terminologi dan linguistik, sebaliknya berkait isu akidah umat Islam dengan sebarang kekeliruan akan hanya mengundang musibah.

Waytha telah diberi peluang, tapi mensia-siakannya - A Kadir Jasin
Menurut Kadir, Waytha telah diberi peluang dan penghormatan amat tinggi menjadi anggota Kabinet tetapi mensia-siakannya.

Sistem pendidikan negara cacamarba, perlu dikaji semula - TPM Zahid
Ahmad Zahid mengakui sistem pendidikan juga gagal membentuk perpaduan lantaran tiada titik pertemuan dalam kalangan masyarakat.

Dr Subramaniam saran rakyat terus sokong agenda nasional demi perpaduan
Rakyat Malaysia perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan serta menyemai sikap kesederhanaan.

Perpaduan nasional tidak bermakna jika ada rakyat terpinggir - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata perpaduan nasional di negara ini hanya akan benar-benar bermakna jika tiada rakyat yang terpinggir.

Semak buku teks sejarah, masukkan Hari Kemerdekaan Sarawak
Tarikh itu adalah fakta sejarah tentang Sarawak mendapat taraf pemerintahan sendiri dan ini wajar diketahui dan disedari oleh generasi sekarang.

Survival UMNO bergantung kepada sokongan NGO Melayu, kata Ibrahim Ali
Peringatan penting terhadap pucuk pimpinan UMNO itu disampaikan sewaktu beliau membentangkan Memorandum Perpaduan Nasional.

Pegang konsep kongsi -- Tun Mahathir
Banyak perbincangan mengenai perpaduan nasional memperlihatkan pentingnya teras ini di dalam menentukan hidup matinya dan maju mundurnya sesebuah negara.