PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan Deklarasi Beijing bagi menamatkan dan mengukuhkan perpaduan rakyat Palestin yang dimeterai oleh wakil-wakil Palestin di Beijing pada 23 Julai di bawah kerangka Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk membentuk kerajaan sementara perpaduan nasional.
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan Deklarasi Beijing adalah pencapaian besar bagi Palestin dalam mewujudkan perpaduan dan perdamaian nasionalnya.
"Malaysia percaya ini akan membawa manfaat kepada semua pihak, termasuk rakyat Palestin. Kami menggalakkan semua pihak berkepentingan untuk terus komited terhadap objektif Deklarasi yang penting ini," kata kementerian itu.
Kementerian Luar berkata Malaysia turut memuji inisiatif dan usaha kepimpinan Kerajaan Republik Rakyat China yang telah merealisasikan Deklarasi itu.
Katanya, walaupun proses perdamaian adalah isu dalaman pelbagai kumpulan rakyat Palestin, sokongan daripada masyarakat antarabangsa juga amat penting.
"Malaysia menyambut baik usaha ini dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan mencapai keamanan. Malaysia tetap berharap bahawa perjanjian ini akan membuka jalan bagi kestabilan dan kemakmuran yang berkekalan di rantau ini.
"Sama pentingnya adalah komitmen semua pihak untuk bekerjasama menangani cabaran yang dihadapi oleh Palestin, termasuk menentang penempatan haram serta memastikan saluran bantuan kemanusiaan dan perubatan yang berterusan kepada rakyat Palestin," katanya.
Malaysia tetap teguh dalam sokongannya terhadap penubuhan negara Palestin dan menggesa kerajaan-kerajaan yang belum mengiktiraf negara Palestin untuk berbuat sedemikian.
"Malaysia bersedia memainkan peranan mengikut kemampuan untuk menyumbang kepada pelaksanaan Deklarasi yang berkesan," katanya.
Pada Selasa, wakil daripada 14 kumpulan Palestin, termasuk Fatah dan Hamas menandatangani deklarasi itu, berikrar untuk menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan selepas rundingan perdamaian selama tiga hari yang dihoskan oleh China di Beijing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Malaysia tetap teguh dalam sokongannya terhadap penubuhan negara Palestin dan menggesa kerajaan-kerajaan yang belum mengiktiraf negara Palestin untuk berbuat sedemikian. - Facebook / Wisma Putra

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Malaysia terus ambil langkah proaktif pastikan kepentingan ekonomi, perdagangan kekal kukuh
Malaysia akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh di persada antarabangsa, menurut Kementerian Luar.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium.

Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal.

Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.

Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter
Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Dis 2024.

Nahas Jeju Air: Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra melalui akaun rasmi X miliknya, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban dan cedera dalam insiden berkenaan.

Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki.