Beberapa tahun kebelakangan ini banyak perbincangan telah dibuat berkaitan perpaduan nasional. Banyak pihak, merentasi sempadan bangsa dan agama, telah berkumpul untuk berbincang mengenai perpaduan nasional.
Ini secara langsung memperlihatkan pentingnya perpaduan nasional ini di dalam menentukan hidup matinya dan maju mundurnya sesebuah negara.
Jelas, kita secara keseluruhan menerima bahawa perpaduan nasional penting untuk menentukan halatuju negara.
Persoalan yang kita hadapi ialah bagaimana kita boleh mencapai perpaduan nasional, memandang kedudukan kita tidak seimbang dan kaum-kaum terpisah dari kecil sehingga dewasa.
Di zaman British, ramai orang dari negara lain dibawa masuk ke negara ini. Kepercayaan pada masa itu ialah mereka ini, setelah mendapat nikmat akan kembali ke negara mereka.
Pada tahun 1929-30, apabila berlaku recession teruk dalam Semenanjung ramailah dari mereka yang balik ke negeri masing-masing.
Di zaman British, kaum-kaum diasingkan dan fungsi ekonomi mereka juga berlainan. Kerana mereka diasingkan, tidak ada peluang mereka belajar bahasa dan budaya tempatan. Tetapi pengasingan ini juga menghalang kejadian permusuhan kaum.
Tetapi pengasingan seperti ini tidak sesuai bagi negara merdeka. Perpaduan nasional hanya boleh dicapai jika semua kaum hidup dan tinggal bersama, bekerja bersama dan lupakan sahaja asal usul mereka.
Awal-awal lagi pemimpin berpendapat keadaan seperti ini tidak dapat dicapai. Masing-masing bukan sahaja ingin kekalkan identiti asal mereka tetapi kerana kelainan fungsi ekonomi mereka, kaum-kaum kekal terpisah.
Kajian menunjuk bahawa salah satu sebab permusuhan terus berlaku ialah kerana agihan kejayaan dan fungsi ekonomi yang berlainan di antara kaum.
Selepas rusuhan Mei 1969, usaha dibuat untuk menghapuskan identiti kaum dengan pekerjaan demi kestabilan negara.
Saya masih berpendapat inilah cara yang terbaik jika kita ingin menghasilkan perpaduan nasional.
Sebenarnya penerimaan pemimpin Melayu akan pendekatan ini adalah luar biasa. Tidak seperti di negara-negara di mana kerakyatan sukar didapati oleh non-native dan syarat yang ketat dikenakan, pemimpin Melayu sanggup berkongsi kuasa dan kejayaan negara dengan semua kaum.
Jika konsep kongsi ini digugurkan permusuhan antara kaum akan berterusan. Yang lebih buruk lagi ialah akan terdapat satu kaum jauh lebih miskin dan satu kaum jauh lebih kaya.
Dalam sejarah manusia lambat laun permusuhan tetap berlaku antara miskin dan kaya. Inilah yang menyebabkan revolusi Perancis, revolusi Rusia dan perkembangan fahaman sosialis dan komunis.
Jika yang miskin pula terdiri dari satu kaum dan yang kaya dari kaum lain, kemungkinan permusuhan antara miskin dan kaya akan lebih teruk dan kerapp. Perpaduan nasional tetap tidak akan berlaku.
Oleh itu kita perlu pegang kepada konsep kongsi ini jika kita ingin lihat perpaduan nasional tercapai.
Astro Awani
Sun Nov 23 2014

Selepas rusuhan Mei 1969, usaha dibuat untuk menghapuskan identiti kaum dengan pekerjaan demi kestabilan negara.- File Photo

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pegang konsep kongsi -- Tun Mahathir
Banyak perbincangan mengenai perpaduan nasional memperlihatkan pentingnya teras ini di dalam menentukan hidup matinya dan maju mundurnya sesebuah negara.