KUALA LUMPUR: Siasatan forensik termasuk dakwaan pembabitan pihak tertentu di sebalik serangan siber terhadap Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang giat dijalankan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata mesyuarat pihaknya dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk membuat laporan polis sebaik hasil siasatan forensik dalaman mendapati ada eleman jenayah komersial.
"Jaminan saya, siapa pun penggodam yang menjadi dalang di sebalik serangan siber ini akan diheret ke muka pengadilan kerana Perkeso tidak akan berkompromi dalam soal perlindungan data peribadi yang dijadikan kepentingan utama demi negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata butiran lanjut berhubung data yang didakwa dicuri dan dipaparkan di laman sesawang gelap (dark web) belum boleh diperincikan kerana tertakluk kepada proses siasatan.
Menurutnya Perkeso akan terus memperkukuh infrastruktur ICT dari semasa ke semasa dengan panduan daripada MKN, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan agensi berkaitan serta amalan terbaik bagi memastikan tiada kelompongan sistem untuk dimanipulasi anasir penggodam.
Dalam pada itu, Mohammed Azman berkata Perkeso telah mengambil empat langkah utama dalam menghadapi serangan siber yang dikesan bermula sekitar jam 7 malam, Sabtu lalu.
Beliau berkata ia merangkumi pengaktifan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP), pengukuhan sistem komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) Perkeso, melakukan siasatan forensik dalaman serta pelaksanaan pelan komunikasi.
"Ketika ini, pihak berkuasa berpuas hati dengan langkah-langkah yang diambil Perkeso, namun tindakan susulan dan berterusan akan terus dilaksana dengan kerjasama rapat pihak berkuasa dari semasa ke semasa," katanya.
Pada masa sama, Mohammed Azman berkata usaha pasca krisis turut meliputi pengemaskinian kelancaran operasi semua sistem Perkeso demi memastikan kebajikan kira-kira 573,000 penerima faedah yang direkodkan di seluruh negara ketika ini sentiasa terjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata mesyuarat pihaknya dengan MKN bersetuju untuk membuat laporan polis sebaik hasil siasatan forensik dalaman mendapati ada eleman jenayah komersial. - BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.

Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.

Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.

Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."

Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.

Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.

Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.