Berdasarkan aturan urusan mesyuarat, soalan berkenaan akan diajukan oleh Ahli-Ahli Parlimen pada sesi pertanyan-pertanyaan bagi jawab lisan.
Soalan itu akan diajukan oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kepada Menteri Pendidikan yang meminta beliau menyatakan jumlah kuarters guru yang ada serta perancangan untuk baik pulih, selenggara kuarters guru yang uzur.
Sementara itu, Ahli Parlimen Jerlun, Abdul Ghani Ahmad pula akan meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyatakan adakah Malaysia bercadang untuk mewujudkan pusat jagaan khas anak luar nikah di seluruh Malaysia.
Dan sejauh manakah usaha-usaha yang diambil oleh NGO diberi pengiktirafan dan bantuan oleh kerajaan.
Sebelum soalan itu diajukan, dua soalan lain turut menjadi tumpuan termasuk pertanyaan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan yang juga meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah kerajaan berhasrat perkenalkan undang-undang untuk mewajibkan potongan gaji anak-anak yang menghantar ibu bapa ke rumah jagaan warga emas.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung sehingga 4 April depan.