BUKIT MERTAJAM: Kerajaan negeri Pulau Pinang menyarankan Kerajaan Persekutuan untuk campur tangan bagi mengatasi kemelut air yang berlaku dengan negeri Kedah.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya amat berharap agar kementerian terlibat dapat memainkan peranan yang sewajarnya demi menjaga kepentingan umum berhubung isu tersebut.
"Kami (kerajaan negeri Pulau Pinang) memang berharap kementerian yang bertanggungjawab dapat memainkan peranannya untuk melihat apa yang dicadangkan mahupun apa yang diumumkan itu (daripada Menteri Besar Kedah) demi menjaga kepentingan semua pihak.
"Malah, kami tidak menghalang Kedah untuk lakukan sebarang pembinaan empangan mahupun struktur lain untuk menyimpan air, (usaha untuk) mencegah banjir atau (tujuan) rawatan air, namun mereka (Kedah) perlu ingat akan hak yang sama untuk negeri lain berdasarkan prinsip hak riparian...itu yang kami perjuangkan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta memberi ulasan lanjut berhubung kerajaan negeri Pulau Pinang akan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kedah sekiranya ada projek yang dilaksanakan di Sungai Muda mengancam bekalan air di Pulau Pinang, pada 25 Mac lepas.
Chow berkata kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengenai kemungkinan Pulau Pinang akan menggunakan 'air selut' jika enggan membayar caj air mentah kepada Kedah sebelum ini, disifatkannya sebagai tidak menghormati prinsip hak riparian.
Terdahulu, beliau telah merasmikan Program Gotong-Royong Perdana sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2021 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa, berhampiran Sungai Juru, dekat sini.
Jaseni berkata sebarang bentuk projek yang dilakukan di Sungai Muda perlu mengambil kira keseimbangan hak negeri-negeri lain menggunakan sumber air yang sama.
"Apabila sesuatu projek itu dimajukan (di Sungai Muda), Kerajaan Persekutuan melalui agensi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengkaji dengan lebih terperinci iaitu apabila kita sedut air di hulu ia tidak akan memberi ancaman kepada sekuriti air negeri-negeri di bawahnya...kena ambil kira keseimbangan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021
![Isu air: P. Pinang pohon campur tangan Kerajaan Persekutuan Isu air: P. Pinang pohon campur tangan Kerajaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616676344_ChowKonYeow.jpg)
Chow berkata kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor disifatkannya sebagai tidak menghormati prinsip hak riparian. - Gambar fail
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Saya akan rindu bau durian - Kim Pan-gon
Menurut Kim Pan-gon, beliau akan tetap bangga dengan pasukan bola sepak Malaysia walaupun dimana beliau berada.
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
Katanya beliau akan merindui bau durian dan langit Malaysia. #AWANInews
![Isu air: P. Pinang pohon campur tangan Kerajaan Persekutuan Isu air: P. Pinang pohon campur tangan Kerajaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616676344_ChowKonYeow.jpg)
Isu air: P. Pinang pohon campur tangan Kerajaan Persekutuan
Kerajaan negeri Pulau Pinang menyarankan Kerajaan Persekutuan untuk campur tangan bagi mengatasi kemelut air yang berlaku dengan negeri Kedah.