SHAH ALAM: Tular di media sosial mengenai seorang wanita bertindak mengumumkan kecurangan suaminya menggunakan papan iklan gergasi di Taman Tun Dr Ismail pada Isnin.
Memetik laporan NST, tindakan sang isteri bernama Shin Yi itu bertujuan mahu menyampaikan pesanan kepada suami, Kevin Teoh Chee Sing dan menuntut perceraian.
“Awak penipu, curang dan tak berguna!
“Saya nampak awak di Jerry Coworking Space TTDI! Ada video, lain kali pilih bilik yang tak bertingkap.
“Jangan hubungi saya, peguam saya akan hubungi awak,” katanya menerusi hantaran dimuat naik pengguna X, @timothytiah.
Hantaran tular tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan hampir 9,000 ulang siar dan 14,000 tanda suka.
Bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap ia sekadar strategi pemasaran bagi golongan T20 yang dibuat penyedia premis berkenaan iaitu Jerry Coworking Space.
Pengguna X @encikjon mengatakan bahawa iklan tersebut secara tidak langsung menjelaskan apa yang bakal diharapkan oleh pelanggan ketika menyewa ruang kerja berkenaan.
“Mungkin inilah cara macam mana golongan T20 nak bercerai sekarang,” ulas @buskbear.
“Gimik pemasaran atau kisah benar? Betul-betul mengelirukan,” komen @Elviralahweyy.
“Kalau bukan gimik, kami semua sokong awak Shin Yi,” ujar @CT_voter pula. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 19 2023
Tular hantaran di X mengenai sang isteri bertindak mengumumkan kecurangan suaminya di TTDI pada Ahad.
Firma kajian positif tawaran RM11 sesaham untuk swastakan MAHB adalah terbaik
Pelabur juga boleh mendapat manfaat daripada sumber dan visi pemberi tawaran bersama untuk pertumbuhan mampan, menjadikan cadangan itu menarik.
PM Anwar bertemu Macron, bincang soal Palestin, teroka kerjasama AI
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan berkenaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Malaysia ambil bahagian Sidang Kemuncak G20 selepas 9 tahun
Kehadiran PM Anwar atas kapasiti negara jemputan disambut oleh Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva selaku tuan rumah.
'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah
Tunku Azizah kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.
Trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu semakin meningkat - FOMCA
FOMCA beri amaran kepada orang ramai tentang trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu yang semakin meningkat.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
UTEM komited lahirkan 300,000 pakar bidang AI, keselamatan siber menjelang 2030
FAIX akan mula menerima pelajar baharu bagi kemasukan tahun 2025/2026 dan pengambilan dijadualkan Oktober 2025.
Video tular: Lelaki didakwa curang tak mengaku bersalah pukul isteri
Lelaki yang videonya tular kerana memukul isteri dalam satu kejadian didakwa berkaitan dengan perbuatan curangnya di sebuah hotel, dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Selasa.
Isteri umum suami curang di papan iklan, netizen anggap gimik pemasaran
Tindakan sang isteri bernama Shin Yi itu bertujuan mahu menyampaikan pesanan kepada suami, Kevin Teoh Chee Sing dan menuntut perceraian.
Natalie Portman bercerai angkara suami curang
Portman dan suami telah berkahwin selama 11 tahun. Mereka dikurniakan sepasang anak, Aleph, 12, dan Amalia, 6 tahun.
Didakwa belasah isteri hingga mati, bapa empat anak dihadap ke mahkamah
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki ditikam isteri hingga mati kerana disyaki curang
Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, suspek berusia 26 tahun ditahan bersama pisau yang digunakan untuk menikam perut suaminya yang berusia 32 tahun.
Suami curang, isteri nekad minum kopi bercampur racun ikan
Seorang wanita nekad mengakhiri hidupnya dengan meminum kopi bercampur racun ikan dipercayai akibat cemburu suaminya mempunyai wanita lain.
#SyahKakiLima: Cinta baharu yang membutakan hati wanita itu
Selepas diizinkan bekerja, Ain sanggup tinggalkan suami dan anak-anak kerana sudah terpengaruh dengan kesenangan dan kemewahan.
Pesawat mendarat cemas, isteri serang suami curang
GARA-GARA mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga, seorang wanita telah membuat kecoh dan bertindak agresif hingga memaksa sebuah pesawat Qatar Airways mendarat cemas di Chennai, selatan India.