BUKIT MERTAJAM: Isteri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datin Maznah Salleh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Seberang Jaya semalam.
Musa berkata isterinya Maznah, 70, meninggal dunia kira-kira pukul 7.40 malam tadi ketika menerima rawatan akibat serangan strok.
"Allahyarham memang kena serangan strok sebelum ini dan menjalani pelbagai bentuk rawatan termasuk fisioterapi. Arwah mengadu sakit dada sebelum saya bawa ke hospital untuk rawatan. Namun Allah lebih sayangkan arwah.
"Jenazah dibawa pulang ke rumah kami (Permatang Pauh) malam tadi sebelum dibawa ke Masjid Islahiyah di Tawar (Kedah) kira-kira pukul 9 pagi ini untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau menyifatkan arwah isterinya seorang yang baik dan penyayang serta beliau sekeluarga juga redha dengan pemergiannya.
Musa turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menziarah jenazah isterinya dan mengirimkan ucapan takziah serta doa.
Musa dan isterinya mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri I Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah kepada Musa.
Menerusi catatan di Facebooknya, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan solehah yang beroleh jannahNya.
"Berdukacita menerima perkhabaran pemergian Almarhumah Datin Maznah iaitu isteri kepada Datuk Musa yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam.
"Takziah yang mendalam kepada Datuk Musa dan keluarga di atas kehilangan ini dan semoga ujian ini dilalui dengan sabar. Bersamalah kita mendoakan Almarhumah ditempatkan dalam kalangan insan solehah yang beroleh jannahNya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023

Maznah, 70, meninggal dunia kira-kira pukul 7.40 malam tadi ketika menerima rawatan akibat serangan strok. - Gambar/ FB Zahid Hamidi

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Isteri Pengerusi UMNO Pulau Pinang meninggal dunia
Isteri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datin Maznah Salleh meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Seberang Jaya semalam.