Sudahlah bergelar isteri orang, dibawa pula bayi berusia enam bulan bermalam di sebuah rumah tumpangan bersama lelaki yang bukan mahramnya.
Wanita berusia 29 tahun itu antara yang dicekup dalam operasi mencegah khalwat yang diadakan di sekitar bandaraya ini malam tadi.
Hasil soal siasat anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dengan wanita itu, dia mendakwa sebilik dengan lelaki yang diperkenalkan sebagai 'sepupunya'.
Wanita yang menetap di Melaka itu turut membawa bersama bayinya yang berusia enam bulan manakala pasangannya dari sini.
Selain pasangan berkenaan, operasi yang dilakukan oleh JAIK turut mencekup seorang lelaki yang juga suami orang dengan pasangannya di sebuah hotel bajet di Jalan Tambang Badak.
Lelaki berusia 38 tahun dicekup ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita berstatus janda berusia 31 tahun pada pukul 1 pagi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, dalam serbuan itu pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit menunggu pintu dibuka pasangan berkenaan.
Beliau berkata, pintu kemudian dibuka seorang lelaki yang berpakaian lengkap manakala pasangannya pula sedang bersembunyi dalam bilik air.
Hasil soal siasat mendapati, lelaki itu dipercayai sudah berkahwin dan berasal dari Bedong, Sungai Petani manakala pasangannya pula berasal dari Selangor dan bekerja di negeri Kedah.
Mereka memberi alasan takut disebabkan lelaki itu bimbang perkara itu diketahui isterinya menyebabkan mereka mengambil masa lama untuk membuka pintu bilik berkenaan.
Radzi berkata, dalam serbuan kedua di sebuah bilik bersebelahan hotel itu, seorang lelaki dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang menetap di Langkawi.
Beliau berkata, mereka dicekup selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan bukti mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
Lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu berasal dari bandar raya Alor Setar manakala pasangannya pula dari Langkawi bekerja sebagai jurujual kasut di pulau peranginan itu.
Ketiga-tiga pasangan berusia antara 19 hingga 38 tahun ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Turut serta dalam operasi itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Agama negeri, Datuk Dr Ismail Salleh.
Operasi yang bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi itu tertumpu di sekitar bandar raya ini sempena Malam Tahun Baru, malam tadi.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jan 01 2020
![Isteri orang bawa bayi dicekup berkhalwat dengan 'sepupu' Isteri orang bawa bayi dicekup berkhalwat dengan 'sepupu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61577862746_Khalwat.jpg)
Pasangan kekasih yang dicekup dalam operasi pencegahan maksiat di Alor Setar, malam tadii. - Gambar Astro AWANI
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Cemburu punca lelaki parah ditetak di Taiping Cemburu punca lelaki parah ditetak di Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725683478_parang.jpg)
Cemburu punca lelaki parah ditetak di Taiping
Akibat cemburu, lelaki berusia 29 tahun parah ditetak dengan sebilah parang dipercayai oleh suami seorang wanita, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Dew, Simpang di sini.
![Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704773_TBkebakaran.jpg)
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
![6 ditahan kes pukul lelaki ada hubungan sulit dengan isteri orang 6 ditahan kes pukul lelaki ada hubungan sulit dengan isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701154714_TBgaduhjpg.jpg)
6 ditahan kes pukul lelaki ada hubungan sulit dengan isteri orang
Polis menahan enam lelaki kerana merusuh tanpa senjata dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Jalan Padang Temusu, petang semalam.
!['Pelamin angan' musnah, lelaki kerugian RM30,000 diperdaya 'isteri orang' 'Pelamin angan' musnah, lelaki kerugian RM30,000 diperdaya 'isteri orang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699954306_TBTIPUKAHWIN.jpg)
'Pelamin angan' musnah, lelaki kerugian RM30,000 diperdaya 'isteri orang'
Pelamin angan seorang pemuda dari Kuching 'musnah' setelah diperdaya tunangnya yang didakwa isteri orang dan dijanjikan untuk berkahwin pada 10 Nov lepas.
![Bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan didakwa ceroboh bilik hotel isteri orang Bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan didakwa ceroboh bilik hotel isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688726566_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan didakwa ceroboh bilik hotel isteri orang
Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
![Cinta ditolak isteri orang, penganggur bakar kedai telefon bimbit Cinta ditolak isteri orang, penganggur bakar kedai telefon bimbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681632491_TBbakarkedai.jpg)
Cinta ditolak isteri orang, penganggur bakar kedai telefon bimbit
Gara-gara cinta ditolak isteri orang, seorang lelaki berusia 54 tahun dipercayai bertindak membakar sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar Langkap, dekat sini pada Sabtu.
![Elak ditangkap khalwat, duda maut jatuh tingkat empat pangsapuri Elak ditangkap khalwat, duda maut jatuh tingkat empat pangsapuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656247988_garisanpolis.jpg)
Elak ditangkap khalwat, duda maut jatuh tingkat empat pangsapuri
Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri selepas perbuatan berdua-duaan dengan isteri orang terbongkar, membawa padah apabila maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di sini, hari ini.
![Siasatan gangguan seksual hakim kanan, isteri orang masih berjalan Siasatan gangguan seksual hakim kanan, isteri orang masih berjalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641911143_RAPE.jpg)
Siasatan gangguan seksual hakim kanan, isteri orang masih berjalan
Mangsa mendakwa kejadian tersebut berlaku pada Ogos 2020 semasa suspek datang ke rumah mangsa di mana ketika itu suami mangsa sedang terlantar sakit.
![Isteri orang bawa bayi dicekup berkhalwat dengan 'sepupu' Isteri orang bawa bayi dicekup berkhalwat dengan 'sepupu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61577862746_Khalwat.jpg)
Isteri orang bawa bayi dicekup berkhalwat dengan 'sepupu'
Isteri orang yang berusia 29 tahun dicekup sedang berkhalwat dengan pasangan yang diperkenalkan sebagai 'sepupunya'.
![Guru tabika khalwat dengan adik ipar sendiri didenda Guru tabika khalwat dengan adik ipar sendiri didenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511950008_CourtGavel.jpg)
Guru tabika khalwat dengan adik ipar sendiri didenda
Seorang wanita yang berstatus isteri orang dan pasangan yang juga adik iparnya, dikenakan hukuman denda RM1,300 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat.