JASIN: Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri selepas perbuatan berdua-duaan dengan isteri orang terbongkar, membawa padah apabila maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.47 pagi itu, lelaki itu yang juga duda berusia 46 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas jatuh tertiarap dan mengalami kecederaan parah dibahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki itu yang berada di dalam rumah kekasihnya di pangsapuri itu panik apabila suami wanita berkenaan pulang ke rumah secara tiba-tiba.
“Menurut saksi yang juga kekasih kepada si mati itu, lelaki itu datang bermalam di rumahnya sebelum secara tiba-tiba suaminya pulang ke rumah kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
“Menyedari ada individu lain di dalam rumahnya, suami wanita itu kemudian bertindak mengunci pintu jeriji hadapan rumah menyebabkan pasangan berkenaan tidak boleh keluar dan suaminya turut menghubungi pihak polis.
“Wanita tiga anak yang merupakan isteri kedua itu kemudian meminta si mati berunding dengan suaminya, namun lelaki itu nekad mengambil seutas dawai ampaian dan mengikat pada besi palang di bahagian koridor untuk melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini.
Sejurus itu katanya, secara tiba-tiba wanita itu terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian luar koridor dan mendapati kekasihnya telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.
Ujar Mispani, lelaki itu telah bercerai pada tahun 2017 lalu dan kemudian mencari semula bekas kekasihnya untuk meneruskan hubungan walaupun mengetahui bahawa wanita itu telah berkahwin.
“Pada tahun 2005 si mati telah berkenalan dan bercinta dengan saksi, namun mereka tiada jodoh dan apabila bercerai dengan isterinya pada tahun 2017 lalu, lelaki ini telah mencari semula saksi untuk meneruskan hubungan.
“Hubungan si mati dengan saksi adalah secara sembunyi tanpa pengetahuan suami wanita itu," katanya.
Katanya mayat lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jun 26 2022

Mayat lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Gambar hiasan

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Elak ditangkap khalwat, duda maut jatuh tingkat empat pangsapuri
Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri selepas perbuatan berdua-duaan dengan isteri orang terbongkar, membawa padah apabila maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di sini, hari ini.

Syak isteri curang, lelaki bunuh anak dan 7 ahli keluarga mentua di Pakistan
Suspek Muhammad Ajmal mengaku melakukan pembunuhan itu sebagai tindakan membalas dendam.

Google Maps 'bongkar' kisah cinta isteri curang
Seorang suami terkejut apabila melihat isterinya curang menerusi imej Google Maps.

Kejam! Cekik, penggal kepala isteri
Seorang suami tergamak memenggal kepala isterinya kerana mendakwa wanita itu curang kepadanya.

Suami peras ugut kekasih gelap isteri RM2,900 selepas kantoi
Setiap suami pastinya akan berasa kecewa dan sakit hati apabila mengetahui isterinya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

#SyahKakiLima: Cinta baharu yang membutakan hati wanita itu
Selepas diizinkan bekerja, Ain sanggup tinggalkan suami dan anak-anak kerana sudah terpengaruh dengan kesenangan dan kemewahan.