RANTAU PANJANG: Isteri mangsa lemas yang terperangkap dalam kenderaan di Sungai Golok tidak menyangka niat arwah suami untuk menghantarnya dan anak-anak ke rumah saudara adalah pertemuan terakhir mereka berdua.
Natrah Mohamad, 52, memberitahu, ketika kejadian, suaminya, Othman Long, 59, baharu sahaja beberapa minit menghantar dia dan anak-anak ke rumah saudara mereka dan meminta diri untuk pulang terlebih dahulu.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat kenderaan yang dipandu suami meluncur masuk ke dalam Sungai Golok di depan mata mereka.
"Saya terdengar bunyi kuat dan melihat kenderaan dipandu suami sudah jatuh ke dalam air.
"Saya tergamam dan terkejut. Kami semua menjerit meminta tolong penduduk kampung di kawasan tersebut.
"Penduduk terjun ke dalam sungai dan cuba memecahkan cermin kenderaan untuk menyelamatkan arwah tetapi tidak berjaya," katanya.
BACA: Warga emas lemas kenderaan dipandu terjunam sungai
Dalam kejadian pada jam 3.16 petang itu, kenderaan Othman Long terjunam ke dalam sungai di Jalan Lama Rantau Panjang-Pasir Mas, Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang di sini.
Mangsa dikatakan menghantar isteri dan lima anaknya ke rumah saudaranya yang terletak 100 meter dari tebing sungai berkenaan.
Mengulas lanjut, Natrah memberitahu, dia tetap sabar menunggu lebih dua jam sementara orang ramai dan bomba membantu mencari arwah suami dengan harapan suaminya akan selamat kerana pandai berenang.
Bagaimanapun harapannya tipis apabila kenderaan dan mayat suaminya di temui pada jam 5.30 petang di kawasan yang sama iaitu di pangkalan haram Kak Mah, di sini.
Artikel asal di Sinar Harian: Pertemuan terakhir sebelum jatuh sungai
Sinar Harian
Fri May 14 2021
Kenderaan mangsa terjunam ke dalam sungai di Jalan Lama Rantau Panjang-Pasir Mas, Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang. -Foto Sinar Harian
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Isteri luah detik duka pertemuan terakhir sebelum suami lemas dalam sungai
Dia terkejut apabila melihat kenderaan yang dipandu suami meluncur masuk ke dalam Sungai Golok di depan mata mereka.
Warga emas lemas kenderaan dipandu terjunam sungai
Disebabkan tebing sungai di kawasan berkenaan agak tinggi, penduduk sepakat mengheret kenderaan berkenaan dan dibawa ke tebing sungai di sempadan Thailand.
Lelaki ditemukan maut dipercayai terbabas ke dalam sungai bersama motosikal
Mangsa, Ahmad Mubarik Othman, 23, ditemui berada bersama skuter Yamaha Nouvo di tebing sungai berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.