BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, menyampaikan bantuan bakul makanan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan golongan memerlukan terdiri daripada masyarakat India dan Cina dalam daerah Bera.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera menyerahkan bakul makanan itu kepada pemimpin masyarakat terlibat dalam majlis yang berlangsung secara sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Pejabat MIC dan Pejabat MCA Bera.
Pegawai khas beliau bagi masyarakat India K. Ramesh, 46, berkata sebanyak 1,500 bakul makanan telah dan akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan secara berperingkat bermula dua minggu lepas.
Menurut beliau, secara keseluruhan terdapat lebih 5,800 masyarakat India di Bera.
Ketua Pemuda MIC Bera C. Uganeswaran, 33, yang mewakili penerima mengambil bakul makanan itu berkata perdana menteri membuktikan aspirasi Keluarga Malaysia menerusi bantuan berkenaan yang mana golongan memerlukan daripada masyarakat India turut mendapat perhatiannya.
Katanya 150 pemuda MIC terdiri daripada golongan B40 akan menerima bantuan makanan yang sedikit sebanyak membantu mereka menjimatkan perbelanjaan harian selepas pendapatan terjejas susulan wabak COVID-19.
"Saya mewakili mereka mengucapkan terima kasih atas bantuan ini dan kami hargai walaupun selepas jadi perdana menteri beliau (Ismail Sabri) tetap beri perhatian kepada penduduk Bera termasuk masyarakat India," katanya.
Ketua MCA Bahagian Bera Teh Kim Seng, 65, berkata golongan miskin khususnya ibu tunggal diberi keutamaan bagi menerima bantuan bakul makanan hari ini yang dapat meringankan beban bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.
"Ramai orang terjejas selepas wabak COVID-19 yang melanda hampir dua tahun, dengan inisiatif ini sekurang-kurangnya mereka boleh gunakan untuk siapkan makanan harian keluarga.
"Kami turut menghargai bantuan ini dan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas inisiatif tersebut selain kami turut mengharapkan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan di daerah ini sekali gus dapat melonjakkan ekonomi penduduk tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 09 2021
Perdana Menteri menyampaikan bantuan bakul makanan kepada Ketua Bahagian MIC Bera E Perumal untuk diagihkan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan golongan yang memerlukan, ketika lawatan kerjanya di sini hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.