Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu masyarakat Islam dan bukan Islam di Sabah terus memperkukuh perpaduan demi memastikan kelangsungan keharmonian di negeri ini.
Beliau berkata segala pertelingkahan mahupun perselisihan faham perlu dihentikan bagi membolehkan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sabah dapat bersama-sama membangunkan tamadun serta masa depan negeri yang lebih baik.
"Saya ingin melihat agar umat Islam dan bukan Islam akan dapat dipadukan dan disatukan... bukan kita bertelingkah antara satu dengan lain oleh kerana perbezaan amalan (agama) kita," katanya berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga parlimen Sepanggar, Tuaran dan Kota Kinabalu di Masjid Bandaraya Likas, di sini hari ini.
Lebih 2,000 orang hadir memeriahkan majlis itu yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Majlis Daerah Tuaran.
Turut hadir isteri ketua menteri Datin Seri Shuryani Shuaib; Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong; dan wakil kedutaan Arab Saudi, Sheikh Abdul Rahman Mohammed Al-Harfi.
Hadir sama anggota Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman; Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai; dan menteri-menteri Kabinet Sabah.
Dalam pada itu, Mohd Shafie turut berikrar akan memegang sebaiknya amanah dan kepercayaan diberikan rakyat dengan memastikan pentadbiran kerajaan negeri diterajuinya akan berlandaskan kepada kehendak dan keperluan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 28 2018

SHAFIE: Saya ingin melihat agar umat Islam dan bukan Islam akan dapat dipadukan dan disatukan.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.

Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.

Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.

PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam
Namun, sekiranya perlu, bukan Islam boleh menulis kepada MKI untuk meleraikan sebarang kemusykilan dengan baik.

Rang Undang-undang sekat sebar agama lain kepada orang Islam sedang diusahakan
Rang Undang-undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dijangka akan dibentangkan tahun depan.

Melaka nafi ada campur tangan bukan Islam dalam pelantikan jawatankuasa masjid
Pihak kerajaan negeri menafikan urusan umat Islam terutama melibatkan pelantikan jawatankuasa surau dan masjid, akan dicampur tangan oleh bukan Islam.

Akta 164 bolehkan Menteri Dalam Negeri daftar perkahwinan pasangan bukan Islam - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara berkata bahawa Menteri Dalam Negeri boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.

Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.

Terengganu tak halang atlet bukan Islam sertai gimnastik, gimrama
Pakaian patuh syariah tidak tertakluk kepada atlet bukan Islam di negeri ini sebaliknya garis panduan tersebut hanya melibatkan atlet Muslim.

Rasuah pengurusan mayat, kakitangan perubatan direman 6 hari
Dua kakitangan perubatan awam direman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.