KUALA LUMPUR: Semua kampus pengajian di negara ini diseru untuk turut sama mempelopori idea dan inisiatif baharu penjanaan tenaga, demi membentuk masyarakat peka tenaga dalam usaha menjaga kelestarian industri tenaga dan alam sekitar di negara ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata inisiatif berkenaan yang telah dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang berjaya mengurangkan kos utiliti tahunan daripada RM18 juta pada 2014 kepada RM12 juta pada 2022.
"Kami dimaklumkan, USM telah membangunkan Projek Inisiatif Penjimatan Tenaga sejak 2013 lagi dan ia merupakan salah satu usaha menjayakan konsep 'kampus lestari' melalui pembangunan infrastruktur penjanaan tenaga boleh baharu dalam kampus.
"Projek yang dilaksanakan melalui pemasangan sistem solar fotovoltaik di kampus tersebut itu kini dianggarkan mewakili lebih 30 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan tenaga di kampus USM, Pulau Pinang iaitu bersamaan dengan kira-kira 10 MWp," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Nik Nazmi berkata selain menjimatkan, usaha menambah baik ekosistem penjanaan tenaga di kampus itu juga turut membantu dalam mengurangkan kadar pencemaran karbon dioksida (CO2) terhadap alam sekitar.
Beliau bersama delegasi kementerian serta Suruhanjaya Tenaga sebelum itu membuat lawatan kerja ke kampus induk USM, Pulau Pinang bagi meninjau perkembangan projek inisiatif-inisiatif penjimatan tenaga di kampus tersebut.
"NRECC menyambut baik cerita-cerita kejayaan (success stories) berkenaan dasar-dasar cekap dan peralihan tenaga, terutamanya di institusi-institusi pengajian tinggi yang merupakan pusat perkongsian ilmu di tahap tertinggi dalam kalangan masyarakat setempat.
"Selaku ketua delegasi NRECC, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga USM, khususnya pihak pengurusan tertinggi Universiti atas kesedaran dan iltizam USM dalam merealisasikan agenda kelestarian di kampusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
![IPT diseru pelopori idea dan inisiatif baharu penjanaan tenaga IPT diseru pelopori idea dan inisiatif baharu penjanaan tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689323764_NikNazmi.jpg)
Nik Nazmi berkata inisiatif berkenaan yang telah dilaksanakan oleh USM, Pulau Pinang berjaya mengurangkan kos utiliti tahunan daripada RM18 juta pada 2014 kepada RM12 juta pada 2022. - Foto fail/BERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Johor teliti sukatan pelajaran, mata pelajaran di IPT selari kehendak pasaran Johor teliti sukatan pelajaran, mata pelajaran di IPT selari kehendak pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709630366_TBAZNANTAMINjp.jpg)
Johor teliti sukatan pelajaran, mata pelajaran di IPT selari kehendak pasaran
Aznan berkata, terdapat beberapa kursus ditawarkan yang tidak selari, selain tidak menepati keperluan pasaran.
![Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/61455338619_MOUSE.jpg)
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
![Isu UM: Latar belakang penceramah jemputan perlu diselidik - Mustapha Sakmud Isu UM: Latar belakang penceramah jemputan perlu diselidik - Mustapha Sakmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714089845_MustaphaSakmud.jpg)
Isu UM: Latar belakang penceramah jemputan perlu diselidik - Mustapha Sakmud
Mustapha berkata Kementerian Pendidikan Tinggi tidak menetapkan sebarang kekangan untuk mengadakan forum atau ceramah di IPT.
![Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa: MAIWP peruntuk lebih RM1.6 juta bantu penuntut IPT Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa: MAIWP peruntuk lebih RM1.6 juta bantu penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711769482_MAIWP.jpg)
Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa: MAIWP peruntuk lebih RM1.6 juta bantu penuntut IPT
Sumbangan ini merangkumi bantuan tiket bas, bantuan tiket kapal terbang dan wang saku bernilai RM100 seorang.
![Rakan Muda: KBS sedia peruntukan RM1 juta Rakan Muda: KBS sedia peruntukan RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707969590_tbKBSMalaysia.jpg)
Rakan Muda: KBS sedia peruntukan RM1 juta
Bantuan diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
![4,274 pelajar di pantau timur terima manfaat bantuan pendidikan YBR 4,274 pelajar di pantau timur terima manfaat bantuan pendidikan YBR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707617643_TBbantuanpendidikan.jpg)
4,274 pelajar di pantau timur terima manfaat bantuan pendidikan YBR
Sejumlah 4,274 murid sekolah dan pelajar IPT di Kelantan, Terengganu dan Pahang menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR.
![IPT main peranan penting dalam membangunkan masyarakat dan negara - Zambry IPT main peranan penting dalam membangunkan masyarakat dan negara - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707135914_ZambryAbdKadir.jpg)
IPT main peranan penting dalam membangunkan masyarakat dan negara - Zambry
Zambry menjelaskan, disebabkan peranan tersebut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memastikan dasar pendidikan negara berjaya dilaksanakan.
![Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706954219_TBZAFRUL.jpg)
Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asingbekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
![Politeknik Besut bangunkan Pusat Teknologi Kraf Warisan tahun ini Politeknik Besut bangunkan Pusat Teknologi Kraf Warisan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705843206_KolejKomuniti.jpg)
Politeknik Besut bangunkan Pusat Teknologi Kraf Warisan tahun ini
Politeknik Besut merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang menawarkan pengajian berkaitan batik.
![Melaka galakkan penyertaan IPT, UiTM tingkat imej pelancongan Melaka galakkan penyertaan IPT, UiTM tingkat imej pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678939622_TBRAUF.jpg)
Melaka galakkan penyertaan IPT, UiTM tingkat imej pelancongan
Ia selaras dengan usaha merancakkan promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dalam menggamit kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu.